Rabu, 5 Julai 2017

Percutian ke Bandung - Part 3

Lama gila nak menghabiskan cerita pasal bandung ni kan? So mari la kita menyambung cerita.. ingat next entry nak cerita pasal percutian ke Semporna & Koh Samui.. tapi tengok kerajinan la nanti hihihi!

Amaran! entry kali ni tiada bergambar

Day 3 - 12.3.2017


Sepatutnya hari ni pergi tempat wisata lagi, tapi di sebabkan kami tak cukup masa nak bershopping makanya cancel la ke tempat wisata.

Janji ngan pak supir pukul 8.00 pagi nak ke Pasar Baru, lepas breakfast terus ke Pasar Baru. Aku pesan kat hubby pagi ni dia tak payah la ikut sebab nak pusing pasar baru ni puas-puas tapi dia degil gak nak ikut, maka dia ikut je la bini dia ni bershopping sakan. biras aku & anak sedara aku tinggal kat hotel je tengah hari kami amik mereka.

Lepas puas bershopping kat pasar baru tu driver bawa kami ronda-ronda kat kota Bandung, dia bawa kami ke Toko Tiga & outlet-outlet di sana, tak lupa juga dia bawa kami ke rumah sulam. Aku ingat kat Rumah Sulam tu lagi murah la kain-kain sulam nya sekali Nan Hadoooo! so aku cadangkan kalau nak bershopping shopping la di Pasar Baru memang kat sana adalah yang termurah! beza dalam RM10-20 gak la.

Malam tu kami shopping di Kartika sari memang banyak gak la kami borong kat sini, orang pun ramai buat pesanan. kami tolong beli je! lagi pun luggage kami 30KG sorang so takde hal la nak amik pesanan orang ahahahaha!

Pas shopping di Kartika Sari kami dinner & kemudian terus pulang ke hotel.


Day 4 - 13.3.2017

Hari ni aku bangun awal sebab hari ni last day kami di Bandung, memang tak sempat nak kemana-mana sebab flight balik kami pukul 10 pagi so kami minta supir datang pukul 8 pagi. Malam tu aku tak boleh nak tidur sangat sebab ade budak-budak sekolah menjerit-jerit & berlari-lari kat koridor! rupanya ade antara mereka yang kena rasuk haishhhh! patut la bising semacam.

Lepas je breakfast kami terus ke Airport, first thing yang kami buat adalah nak check in barang-barang. Masa nak Check in tu kaunter minta kami wrapping dulu, so sementara dorang pergi wrapping kami check in beg-beg yang lain.. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar.

Lagi satu memang bersyukur sangat flight kami tak delay, al maklum la bawa orang tua ni kan susah gak kalau flight delay. 

So tu je la pengalaman aku ke Bandung kali ni.. 

Budget-budget aku dah lupa dah sebab takde catat kat mana-mana.. ni pun cerita mana yang ingat jeee!

** ada yang tanya aku amik supir kat mana? ni contact no pak wahyu kalau sesiapa yang nak ke sana boleh contact dia +6285222259158 Pak wahyu ni memang recommended sebab dia sangat-sangat friendly


Tiada ulasan:

Catat Ulasan