Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Telinga Berdegung

Imej
Korang pernah x terase telinga berdengung.. tadi baru berdegung dengan tiba-tiba so aku pun search la ape petanda telinga berdegung. Jeng-jeng! aku pun dapat la hasilnya. Firasat telinga berdegung Telinga Kanan Antara jam 6 - 7am - bermakna akan mendapat kabar buruk. Antara jam 7 -8am - bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang. Antara jam 8 -9am - bermakna akan merancang utk berjalan jauh, samaada bersendiriran atau bersama orang lain. Antara jam 8 - 10am - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga. Antara jam 10 11am - bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu. Antara jam 11am – 12pm - bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat. Antara jam 12 – 1pm - bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama. Antara jam 1 – 2pm - bermakna akan ada ajakan maka-maka

Syoknyer!

Imej
ehemm.. ehemm.. saje je nak promote forum yang aku suke masuk ni. korang nak tau tak forum ape?? ni link dia syoknyerblogging.com korang click je link ni sure tros pegi ke page syoknyerblogging Memang syok la masuk forum kat situ macam-macam adaaaa... nak berkenalan, nak promote blog korang, sume bole, FREE jerk. Ape lagi JOM la join, aku dah join tapi suke jadi silent reader, kadang-kadang jer menjongol bagi komen. huhuhuhu pemalu (malu ke??) la katakan :). JOM! berforum P/S: Join jgn tak join, rugi wooo! kalau tak join..

O.K Tak?

Agak² korang O.K tak template ni?? semak or rimas x nak bace entri?? P/S: Bagila pendapat korang ekh.. 

Bank oh Bank!

Imej
Fuhhh! aku baru sampai opis... bukan sebab bangun lambat ok! tapi sebab pegi bank (urusan yang aku x suke nak pegi). Geram lor, semalam aku semangat gila nak pegi jusco nak abis kan voucher RM30 yang aku dapat dari company (RM20 gift for birthday RM10 boss aku bagi), gaji pun dah masuk kan... perghhh! lagi la semangat berkobar-kobar nak bershopping. Nak shopping mesti la kene draw duit kat ATM dulu kan? lepas keje je terus berdesup ke bank kat petronas Cyberjaya tuh, ingat nak isi minyak skali... tp dua-dua bank x leh kuar duit, xpe la aku dengan tenang terus kan perjalan ke Jusco Taman Equine. Dah sampai Equine nampak plak shell singgah lagi, dengan tujuan & hajat yang sama nak kuarkan duit & nak isi minyak.. Owhh! x bole lagi adoiii! tension nyer.. hati dah mule panas!. Dengan hati yang panas tros ke Jusco, sampai je jusco aku tros pegi ke ATM machine la ape lagi, x boleh jugak! iskk geram btol! sume machine ATM kat jusco tuh aku try, yang kat atas kat bawah still x boleh..

Kata Putus!

Imej
ok.. semalam aku ade buat entri pasal keconfiusan aku nak blah tempat keje baru atau aku nak stay.. Setelah dipikirkan sedalam-dalam nyer aku telah mengambil keputusan yang aku akan tetap berkhidmat untuk company aku yang tersayang ni. Maybe bukan rezeki aku kat company tuh kot. Dipikir-pikirkan balik tempat keje yang baru tuh jauh ke bandar, nak kene tempuh jalan yang jem (hmmm pukul brp aku nak kuar umah?, pukul brp plak aku sampai rumah?), nak parking kereta kene byr, dapat gaji nak kene shopping kat SOGO (huhuhuhuh..), minyak kete jadi lebih sbb jauh & jalan yang jem. Mmg x berbaloi! Takpe redha je dengan keputusan aku ni, insyallah ade rezeki kat tempat lain Aku pilih jalan lurus :) P/S : Kalau korang ade lubang² kerja kosong kat area selatan Selangor/KL bagitau la yer :)

New Offer!

Hui.. rase lama gila cuti, mana tak nyer aku cuti 4 hari, bosan yang teramat sangat dok kat umah. Anyway bukan aku nak cite psl cuti 4 hari aku tuh. Hari Khamis hari tuh aku dpt offer keje kat company baru. Skang ni aku dalam delima sama ada aku nak terima ke tak offer ni. Aku listkan yer ape pro & contra company lama ngan company aku dapat offer ni:- 1. Company skang ni O.K la cume keje yang aku buat skang ni aku x berapa minat 2. Bonus dah nak dekat rugi la kalau aku blah 3. Tempat keje skang dekat ngan umah kat Cyberjaya, company baru kat area KL (dekat² ngan SOGO) 4. Benefit sama jerk ngan company yang sekarang 5. Gaji tuh ade la lebih skit dalam RM350 Korang rase aku patut pegi tak? dengan kadar perbezaan gaji yang mcm tuh, berbaloi x rase? tolong la bagi pendapat erk. P/S: sayang gak ngan company skang ni, dah brp hari aku pikir.. still tak dapat solution, try tanya pendapat korang plak :)

Kes Selesai..

Imej
Setelah disiasat kes mesteri kehilangan ikan² guppy aku, akhirnya kami berdua telah mengetahui punca kehilangannya. Punca kehilangan. 1. Telah dimakan oleh ikan jelawat yang jauh lebih besar dari ikan² guppy aku (mereka telah didenda diasingkan dikolam yang berasing & keesokkan nya ditemui mati bunuh diri, melompat dari kolam daaa...) 2.  Telah dimakan & dikeroyok oleh udang-udang kecik yang sgt byk dlm akuarium aku (mereka pun telah dibuang daerah gak.. diletak kan didalam baldi secara beramai-ramai) 3. Guppy² tersangkut celah pam daaaaa... Modus Operandi Ikan Jelawat - Mereka kelihatan baik & sopan bila kami berdua jenguk² dia - Mereka telah menelan guppy aku secara hidup² tanpa belas kasihan Udang - Melakukan kerja secara berkumpulan - Terbahagi kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan menyepit ekor guppy & sekumpulan lagi menyepit badan guppy - Memakan guppy aku secara perlahan-lahan & secara rahsia - Tempat persembunyian di celah-celah pokok plastik - Me

Mati lagi..

Hari ni sedih sangat sebab banyak ikan-ikan aku yang kurang/ mati tanpa diketahui apa puncanyer.. ada sesapa tau kemana hilangnya ikan-ikan guppy aku tuh?? sedih nyer :(

Minggu KPI

Imej
Skang udah masuk tahun baru 2011, so kene la wat KPI planning. Adus! terasa sangat malas nk buat tapi next week kene ngadap big boss plak.. nak tak nak, selagi aku kerja kat company ni terpaksa la aku buat KPI ni. Bagi sape yang tak tau ape itu KPI meh cini aku cite skit. KPI tuh Key Performance Indicator bak kata lain penanda aras tahap kerja kita la. Kalau ada KPI ni kononnya kita boleh keje dengan teratur (Iye ke?? aku keje terabur jerk!... huhuhuhu!), KPI ni jugak la yang akan tentukan kenaikan pangkat, bonus tahunan & prestasi keje kita. Tak semangat aku nak buat KPI tahun ni, sebab walau apepun aku akan tau ape resultnya nnt :(. Macam mane erk nak atasi rase x semangat nk bekerja ni? leh bagi tips x? P/S: Semua kat dept aku ni tgh bz, bz adjust KPI memasing.. Ok guys GOOD Luck ekh! huhuhuh..

Penganti Myvi

Imej
Semalam tengok berita dan Perodua ada umumkan yang Myvi akan diganti dengan design yang baru, so aku pun search la pastuh terjumpa la gambar ni dari geartinggi.com. JOM kita layan Pics bakal Myvi yang baru. Bahagian depan Bahagian belakang Bahagian sisi Kemungkinan ini la design Myvi yang baru Lawa gak kan design Myvi yang baru ni, ade sesapa yang berkenan? sesape yang berkenan leh aa kumpul duit untuk downpayment nanti. Dengarnya Myvi baru ni akan keluar pada bulan Mac 2011, sesama la kita nnt kan yer! P/S : Kalau harganya murah leh gak bodek hubby beli, hohohohoh! **opss jgn lupe kredit to http://geartinggi.com

Fakta tentang tubuh manusia

Imej
Jom! kita baca fakta-fakta menarik tentang tubuh kita.. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km d

Jalan Shortcut..

Imej
Pergh.. hari memang sgt la tension! dah la kene bgn pepagi, sbb laki ako kene gi outstation, lepas siapkan hubby aku pun sambung tido balik. Pukul 7am aku bangun dan bersiap untuk pegi keje. Setelah  siap aku ape lagi berdesupla pegi keje.. aku skrang lalu kat kawasan perindustrian Kg Bukit Angkat (laluan shortcut - bole elak tol RM1 & x jem), jalan nak kluar ke SILK highway tuh mmg selalu sgt jem. Tengah layan HOT FM si Mun ckp SILK highway jem dr Kajang Mewah ke Putrajaya sebab ada eksiden kat area Putrajaya. Alamak! aku rase aku dah lambat kot sekarang pun dah pukul 8am, mampos aku dtg lambat.. pikir punye pikir apelagi cari la jalan shortcut, dengan harapan aku boleh la sampai ke opis tepat pada watktunya & yang penting sempat la nak punch card. Aku pun msk la bandar kajang sampai kat bandar kajang keadaan traffic sama jugak, kenderaan sume dipandu secara perlahan... aduyai! takpe la atleast bergerak jugak kan. Setelah sampai kat Bangi aku tersesat plak! iyer la area bang

Rumah baru kami

Imej
Hari ni aku saje nak cite pasal rumah baru aku.. sejarah pencarian rumah ni bermula bila aku & hubby terfikir "sampai bila kita nak duduk menyewa?". Dengan tekad & keazaman nak ada rumah sendiri kami pun search la rumah. search punye search aku pun terjumpa la satu advertisment dari website MTD. Tengok dia punya lokasi sangat strategik la dengan tempat keje kitaorang pada mase tu (sorang kat seri kembangan, sorang kat bangi) Setelah berbincang dengan hubby, dia pun setuju dan ape lagi kami pun pergi la ke show house nya. Rumah ni nampak menarik, besarnya 850sqf ada 3 bilik tidur (semuanya sama besar) & 2 bilik air, aku rasa memang sangat sesuai untuk kami yang masih berdua (kalau dah bertiga/berempat masih lagi sesuai). Jom! layan gamba show house Ruang tamu @show house (gambar dari google)  Ni la bentuk rumah aku (Gambar dari mudah) Setelah mendapat kata sepakat berdua apa lagi... setuju la nak sambar satu rumah ni, harganya pun ok la.. takdelah be

Ikan oh ikan

Imej
Membela ikan adalah hobi aku & hubby... boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku & hubby akan pergi ke kedai akuarium, hari ni kitaorang pagi-pagi lagi dah bersemangat nak pegi cari ikan, kali ni pegi cari ikan kat area pasar pudu. Kat sana memang ramai orang jual ikan perhiasan ni, harganya pun lebih murah dari kedai akuarium biasa. Jalan punya jalan hubby aku berkenan dengan ikan jelawat so apa lagi sambar 2 ekor ehehehehe.... harganya RM1.00 sekor, kalau kt kedai biasa mau RM4.00 sekor. Aku pulak berkenan dengan ikan guppy & ikan laga, aku pun pilih 7 ekor jantan 3 ekor betina harga sekor guppy cuma RM0.60 aje, biasa aku beli kat tempat lain RM1.20 seekor (harap-harap nanti ikan aku akan beranak pinak :) harga ikan laga plak cume RM1.50 jerk, murah kan? kaler dia pun cantik. Aku berkenan sgt dengan ikan kelah bara dari terengganu cantik sangat, kalau letak dalam akuarium mesti cantik. Takpe..takpe nnt bila ade duit nak beli plak ikan tuh :) Lepas jalan-jalan cari ikan ak

living cabin giveaway from [-suziey-] dot com

Imej
First time nak cube contest give away ni, sebelum ni x pernah masuk pun (al-maklumla baru berjinak² nak berblogging)... jom! kita cube sesama Wah! comel².... GA dari suzie nak cube la mau tau dapat kan.. :) alalalalala~~♥♥ Jom CLICK SINI! .. Good Luck sume!

Bergegar!

Jangan korang salah sangka plak... gegaran ni hanya di rasekan di kawasan tempat keje aku.. iyer laa aku kan keje kat site so.. terase la gegaran nya.. skrang ni dorang ngah piling untuk block 3 mmg sgt2 hampir ngan tempat keje aku... kalo agak² korang xde nampak entri aku maknenyer tempat keje aku ni dah roboh la... huhuhuh no..no just kidding! nampaknya selama beberapa bulan ni terpakse la ktorg yang keje kat site opis ni berhadapan ngan gegaran ni setiap hari.. dulu mase kat opis di JB pun ade gegaran gak... tp bukan selalu.. Aku harap projek ni cepat la siap.. xtahan la nak mengadap gegaran ni.. sakit pale ade, sakit perut ade & nak muntah pun ade.. agak² korang la leh ke claim kat company?? huhuhuhuh claim sakit pale satu hari RM20 pun jadi la... eheheheh.. alamak PC plak gegar! larikkkkkkkkkkkkk.... P/S : Larikkk.. larikkk... gak.. nanti aku update lagi ekh psl projek kat tempat aku ni

Donia...donia... oh donia!

Imej
Hi kita sebagai manusia di dalam donia nan fana ni sentiasa kene menjawab soklan² cepu emas dari rakan² sekerja, rakan² sekolah, Saudara-mara, pakcik/makcik kat kaunter... antara soklan² yang aku kene jwb dan x suke dijwb oleh aku: Orang² : Dah kawen ke blom Aku    : Dah! Orang² : Dah ada anak ke? Aku   : Blom! Orang² : Dah Berapa lama kawen? Aku    : 3 tahun (hmmm.. lebih kurang aa) Orang² : eh... dah 3 tahun xde anak? Aku    : (mendiamkan diri) hmmmm..... Korang rase kan... ape yang perlu aku jwb? antara jwpan yang selalu terkeluar dr mulut aku 1. Takde rezeki lagi... (jwpan yang baik, tp tak ikhlas) 2. Kami belom bersedia! (jwpan ni selalu aku gune mase interbiu, tp sebenarnya aku sedia bila² masa) 3. Agak² bole beli x anak? kalo ade kat mane bole aku beli? (hanya digunakan untuk org² yg kureng kehajarannya!) Ade x jwpan² yang best untuk ako jwb selain kat atas ni? korang plak share aaa soklan yang korang x suke nak jwb.. comelnyer la baby girl ni... gambar dia

New year!

Imej
Tup..tap..tup..tap hari ni dah 5hb, sekarang baru ade kesempatan nak luahkan segala azam & cerita sepanjang 2010. kita mula kan dengan cerita 2010, actually xde yang menarik sgt pun... byk duka dr suka. Kisah² suka 2010. 1. Happy sgt dpt naik gred, dpt bonus lebih skit dr thn yang sebelumnya & dpt naik gaji (tq bobos!) 2. Dapat pindah dekat² ngan hubby (alhamdulillah) 3. Dapat pindah rumah baru (semoga mendapat keberkatan & kebahagian) Kisah² duka 2010. 1. Kene pindah opis dr JB ke KL (sedih tinggalkan kawan² kat JB) 2. Bobos yang besh dah xde (no more promoted!) 3. Hajat last year blum ditunaikan (nak dapat ank setelah 3 tahun menunggu.. thn ni kene usaha lagi) 4. Hal² family yang sgt membuatkan hati ni menangis, sedih sangat (rahsia!) Aku harap tahun 2011 akan membawa kehidupan yang lebih bermakna buat ako & kawan² ku sekalian (termasukla korang yang sedang membaca entry ako ni) Azam 2011 1. Nak usaha dapatkan anak (doakan yer!) 2. Nak lebihkan amal