Rabu, 19 Januari 2011

Kes Selesai..

Setelah disiasat kes mesteri kehilangan ikan² guppy aku, akhirnya kami berdua telah mengetahui punca kehilangannya.

Punca kehilangan.
1. Telah dimakan oleh ikan jelawat yang jauh lebih besar dari ikan² guppy aku (mereka telah didenda diasingkan dikolam yang berasing & keesokkan nya ditemui mati bunuh diri, melompat dari kolam daaa...)
2.  Telah dimakan & dikeroyok oleh udang-udang kecik yang sgt byk dlm akuarium aku (mereka pun telah dibuang daerah gak.. diletak kan didalam baldi secara beramai-ramai)
3. Guppy² tersangkut celah pam daaaaa...

Modus Operandi

Ikan Jelawat
- Mereka kelihatan baik & sopan bila kami berdua jenguk² dia
- Mereka telah menelan guppy aku secara hidup² tanpa belas kasihan

Udang
- Melakukan kerja secara berkumpulan
- Terbahagi kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan menyepit ekor guppy & sekumpulan lagi menyepit badan guppy
- Memakan guppy aku secara perlahan-lahan & secara rahsia
- Tempat persembunyian di celah-celah pokok plastik
- Menyembunyikan bahan bukti (tulang² guppy di celah pokok)

Kami sangat sedih setelah mengetahui punca kejadian, husband aku mengalami tekanan setelah guppy² dia mati.. huhuhuhuh!

harapkan pagar,
pagar makan padi,
harapkan jelawat,
jelawat makan guppy!

Guppy dalam kenangan


P/S : Untuk hilangkan tekanan hubby aku, cuti ni kene pi cari guppy lagi lor.. huhuhuhuh

2 ulasan:

  1. bukan ikan guppy ni mmg ikan mangsa ke? hehe

    BalasPadam
  2. heheheh.. mmg pun ikan kesayangan ambo ni

    BalasPadam