Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Percutian ke Semporna - Day 2

Imej
1.05.2017 Pagi ni kami plan check out awal pukul 7am dah minta pakcik bot datang ambil kami, owner tanya kami kenapa check out awal sangat? plan kami hari ni adalah untuk ke 4 pulau iaitu Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan & Tangtangan. Selepas check out kami check in pula di Semporna, kami stay di Sipadan Inn selama 3 malam. Kalau ikut memang tak boleh check in lagi, kami just letak beg je dulu kemudian terus ke Jeti umum untuk ikut island hopping ke 4 pulau. Sebelum pukul 8 kami dah sampai di Jeti umum, tapi budak yang arrange booking kami tak muncul2, dah pukul 8.15am macam tu baru budak tu call ckp dia tunggu kami. Bila dah naik bot, kami tengok semua bot lain dah jalan tapi bot kami tak jalan-jalan sebab kena tunggu satu family ni, memang hangin je rasa!! dah nak dekat pukul 9am baru bot jalan pftttt!! sangat! laki aku dah hilang sabar dah menunggu orang tak muncul2. Tempat pertama yang kami tuju adalah perkampungan orang bajau laut yang boleh dikatakan mundur lagi