Percutian ke Semporna - Day 2

1.05.2017

Pagi ni kami plan check out awal pukul 7am dah minta pakcik bot datang ambil kami, owner tanya kami kenapa check out awal sangat? plan kami hari ni adalah untuk ke 4 pulau iaitu Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan & Tangtangan.

Selepas check out kami check in pula di Semporna, kami stay di Sipadan Inn selama 3 malam. Kalau ikut memang tak boleh check in lagi, kami just letak beg je dulu kemudian terus ke Jeti umum untuk ikut island hopping ke 4 pulau.

Sebelum pukul 8 kami dah sampai di Jeti umum, tapi budak yang arrange booking kami tak muncul2, dah pukul 8.15am macam tu baru budak tu call ckp dia tunggu kami. Bila dah naik bot, kami tengok semua bot lain dah jalan tapi bot kami tak jalan-jalan sebab kena tunggu satu family ni, memang hangin je rasa!! dah nak dekat pukul 9am baru bot jalan pftttt!! sangat! laki aku dah hilang sabar dah menunggu orang tak muncul2.

Tempat pertama yang kami tuju adalah perkampungan orang bajau laut yang boleh dikatakan mundur lagi, kemudian kami teruskan perjalanan ke Bohey Dulang! trip kali ni memang aku nak sangat hiking ke Bohey Dulang sebab kalau tengok gambar memang boleh cair la tgk view dia.




Pendakian dari kaki bukit Bohey Dulang sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 45min-50min. Mula-mula hubby join nak mendaki tapi disebabkan faktor kesihatan dia berpatah balik, so aku mendaki la sorang-sorang. Bila sampai di puncak bohey dulang MashaAllah... Subahanallah memang tidak sia-sia cantik sungguh view nya.

View di kaki bukit bohey dulang
Bohey Dulang ni juga dipanggil Taman Laut Tun Sakaran
View di puncak Bohey Dulang
Subhanallah

Perlu hiking dalam 45-50min macam tu ikut level fitness masing-masing
Selepas turun tu kami terus ke pulau Matabuan untuk makan tengah hari, pakej ni termasuk breakfast & lunch. Tapi pagi tu breakfast dia tak bagi pun maybe sebab dah lambat, nasib baik aku & hubby sempat breakfast kat kedai dulu, kalau tak memang kelaparan, di Pulau Matabuan ni pun cantik viewnya, pasirnya putih airnya jernih... memang tak jemu la melihatnya. Dipulau ni ade kem tentera tau, so tak payah la risau tentang lanun ke kes penculikan ke, insha allah memang selamat pulau di semporna ni.
Alamak view kat Matabuan takde pulak.. maybe kat dalam laptop
Khazanah laut di Matabuan Island
Setelah penat berendam
Sepatutnya kami ke pulau Tangtangan, tapi ingat tak? bot kami lewat makanya kami terus pulang la ke pekan semporna. Masa di Bohey Dulang aku berkenalan ngan 2 orang budak remaja dari tawau ni, dorang pun amik day trip so dorang kena pulang ke Tawau sebelum 5 petang sebab di Sabah kan awal gelap harinya, so bila sampai di pekan semporna tengok tandas awam penuh makanya kami dengan baik hati tumpangkan mereka untuk mandi & salin baju di hotel kami.

Lepas kami bersiap & bersihkan diri kami turun ke bawah untuk cari dinner, hotel kami ni betul-betul terletak diatas deretan kedai makan, so memang tak risau kelaparan, memang seronok la duduk di hotel ni. Lepas dinner hubby ajak pergi giant, so layan kan je la, beli stok makanan sesikit then terus balik semula ke bilik. Setelah seharian melakukan aktiviti badan pun penat mari la rehat.

Pisang goreng cheese yang sentiasa di ingatan.. siapa ke semporna mesti try ok!


Kira-kira

Hotel di Sipadan Inn 3 selama 4 Hari 3 Malam : RM270.00 (RM90/night)
Pakej 4 pulau termasuk breakfast & lunch: RM160.00 (RM80/pax)
Breakfast : RM8.00
Dinner : RM40.00

Total: RM478.00

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?