Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Percutian ke Koh Samui - Part 1

Imej
Disebabkan cerita ni dah berlalu lama maka aku tak ingat la budget aku ke sana tapi aku just try share pengalaman ke sana ye.
Plan nak ke Koh Samui bermula bila Yani ajak pi bercuti, sbb time tu aku tak keje kan pastu ade plak promo final call untuk Air Asia big point so tiket time tu tak mahal mana so aku setuju je la.. padahal baru balik dari Tawau time tu, sun burn kat Tawau tak hilang tambah plak sun burn kat Koh Samui.
Day 1
Aku tak ingat la pukul berapa bertolak dari rumah tapi rasanya tengah hari, janji dengan Yani jumpa di KLIA je. Aku parking kat Putrajaya Sentral, susah gak nak cari parking time tengah hari jenuh pusing, kemudian dari Putrajaya Sentral aku naik KLIA transit ke KLIA2. Disebabkan skang Air Asia dah perketatkan berkenaan luggage so kami pun beli la luggage sebab kat Thailand ni kan susah skit cari makanan Halal, makanan extra wajib la kami bawa sebab kami memang kuat makan.. hahahaha! Untuk langkah-langkah penjimatan Yani beli nasi lemak kat Mynews untuk kami m…