Selasa, 22 Ogos 2017

Percutian ke Koh Samui - Part 1

Disebabkan cerita ni dah berlalu lama maka aku tak ingat la budget aku ke sana tapi aku just try share pengalaman ke sana ye.

Plan nak ke Koh Samui bermula bila Yani ajak pi bercuti, sbb time tu aku tak keje kan pastu ade plak promo final call untuk Air Asia big point so tiket time tu tak mahal mana so aku setuju je la.. padahal baru balik dari Tawau time tu, sun burn kat Tawau tak hilang tambah plak sun burn kat Koh Samui.

muka sunburn yang tak hilang lagi
Day 1

Aku tak ingat la pukul berapa bertolak dari rumah tapi rasanya tengah hari, janji dengan Yani jumpa di KLIA je. Aku parking kat Putrajaya Sentral, susah gak nak cari parking time tengah hari jenuh pusing, kemudian dari Putrajaya Sentral aku naik KLIA transit ke KLIA2. Disebabkan skang Air Asia dah perketatkan berkenaan luggage so kami pun beli la luggage sebab kat Thailand ni kan susah skit cari makanan Halal, makanan extra wajib la kami bawa sebab kami memang kuat makan.. hahahaha!
skang kalau nk check in luggage kena datang awal ye.. makcik sabrina sugar rush huhuh!
Untuk langkah-langkah penjimatan Yani beli nasi lemak kat Mynews untuk kami makan masa di dalam flight nanti, dia beli burger & subway untuk perjalanan kami dari Surat Thani ke Koh Samui nanti juga. Jangan tak tahu ye perjalanan dari KL-Surat Thani boleh dikatakan seharian juga.

makcik itam ahahah!
Flight dari KL-Surat Thani mengambil masa 1 jam 30 minit, setibanya di sana kami menunggu luggage kami kemudian kami terus ke kaunter untuk pembelian tiket bas ke jeti Donsak, tiket feri  ke Koh Samui & transfer ke hotel. Tiket ni dijual sekali tau untuk pergi & balik, dia kan bagi satu envelope dimana dalam tu berisi tiket-tiket untuk balik nanti. Sebelum naik bas kami tak lupa beli sim card untuk kegunaan kami di sini nanti.

Perjalanan dari Airport ke jeti Donsak mengambil masa lebih kurang 1 jam -1 jam 1/2. Di dalam bas tu nanti akan ada agen yang menjual pakej-pakej di pulau nanti, kami decide beli dengan agen tu je sebab takut nanti takde masa nak survey pakej ke pulau.

Agen untuk pakej di Koh Samui
lapar!! perjalanan yang panjang
Setibanya di jeti Donsak kami terus menaiki feri untuk ke Koh Samui, feri dia memang besar gila! lebih besar dari feri nak ke Pulau Langkawi. Feri tu memang selesa, dalam tu ada juga orang jual makanan serta khidmat massage, siapa yang letih boleh la try. Perjalanan menaiki feri Ke Jeti Nathon Mengambil masa 1 jam 1/2 juga. Sampai di sana kami terus mencari van untuk ke hotel, korang kena follow la nama travel agensi yang korang beli masa kat airport tu, jangan naik sembarangan pula. Perjalanan dari jeti ke hotel mengambil masa 1 jam, kami stay di Cheeky Monkey hotel di area Chaweng. Area Chaweng ni adalah area tertumpu nya tourist-tourist kiranya macam town la gitu.

Menuju ke feri
Massage dalam feri
Sampai sudah Koh Samui
Kami baru sampai
Lepas check in, bersihkan diri & solat, kemudian kami keluar jalan-jalan untuk survey apa aktiviti yang nak kami buat esok. sambil tu pergi cari benda wajib bila di thailand ni kan! fruit juice yang sedap & murah serta pancake yang yummy! tak lupa juga kami survey-survey kedai makanan halal di area ni.
Check in dulu!



Fruit Juice yang di idamkan



Pancake yang dirindui
Lepas dah puas jalan-jalan & survey kami pulang ke sangkar penginapan, aktiviti ke-esok kan nya kami plan untuk buat island hoping, tapi bila pagi menjelma Yani sakit kepala plak sebab tak dapat tidur lena katanya.. maka postpone la aktiviti island hoping kita.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan