Rabu, 26 Januari 2011

Bank oh Bank!

Fuhhh! aku baru sampai opis... bukan sebab bangun lambat ok! tapi sebab pegi bank (urusan yang aku x suke nak pegi).

Geram lor, semalam aku semangat gila nak pegi jusco nak abis kan voucher RM30 yang aku dapat dari company (RM20 gift for birthday RM10 boss aku bagi), gaji pun dah masuk kan... perghhh! lagi la semangat berkobar-kobar nak bershopping. Nak shopping mesti la kene draw duit kat ATM dulu kan? lepas keje je terus berdesup ke bank kat petronas Cyberjaya tuh, ingat nak isi minyak skali... tp dua-dua bank x leh kuar duit, xpe la aku dengan tenang terus kan perjalan ke Jusco Taman Equine. Dah sampai Equine nampak plak shell singgah lagi, dengan tujuan & hajat yang sama nak kuarkan duit & nak isi minyak.. Owhh! x bole lagi adoiii! tension nyer.. hati dah mule panas!. Dengan hati yang panas tros ke Jusco, sampai je jusco aku tros pegi ke ATM machine la ape lagi, x boleh jugak! iskk geram btol! sume machine ATM kat jusco tuh aku try, yang kat atas kat bawah still x boleh.. kalau korang jadi aku korang geram tak?? dah la semangat nak shopping.. So aku tunggu kejap mane tau kan system bank tengah problem sebab sebelum ni byk ATM aku tgk tergendala.. aku try la lagi skali, ekh x boleh jugak! aku call customer services & dorang cakap xde problem.. kene gosok ATM card ngan kain lembut.. aku pun gosok la dengan tudung aku still x bole jugak. Aku call balik bank tuh ckp still x boleh, dia ckp maybe puan punyer card rosak, kene pegi bank & tukar kad tuh (hish! buat penat je aku ke sana kemari cari bank!)

So hari ni pepagi lagi dah semangat bangun pagi semata-mata nak tukar kad ATM kad aku tuh, kalau tak, tak berduit la aku kan..

Nasib baik kat Malaysia kanak² tak dapat ATM card kalau tak macam ni la jadinya



P/S: Hari ni nak pi gak Jusco nak settlekan ape yang patut... huhuhuhu!

1 ulasan:

  1. Salam..Jemput sertai Forum komuniti Bandar Putra Permai di
    E Komuniti Bandar Putra Permai dan dapatkan info terkini kejiranan, aduan, cadangan, iklan servis dan perkhidmatan anda.

    BalasPadam