Fakta tentang tubuh manusia

Jom! kita baca fakta-fakta menarik tentang tubuh kita..
  1. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  2. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  3. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  4. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  5. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  6. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  7. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  8. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  9. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.  
  10. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah 
Gambar anatomi ni sumber dari google pic

P/S : Allah maha mengetahui semua kejadian ade hikmah disebaliknya

Ulasan

  1. wah..
    info yg menarik..
    good sharing..
    anyway, fiq follow ur blog..
    huhuhu :)

    http://cikgufiq.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?