Jumaat, 4 Oktober 2013

Budget trip ke Pulau Perhentian ~ Part 02

DAY 02
Malam tidur tak berapa lena iye la dah nama tidur kat dalam hutan sure-sure banyak nyamuk! pukul 7am dah bangun. Bangun bangun pagi terus buka sliding door, nyaman nya udara! kalau la rumah aku kat sini kan BEST! 

di pagi hari yang hening

Aku sediakan sarapan untuk hubby, sediakan roti dengan baked bean, serta sup cendawan tak lupa juga aku buat kan maggi! hikhikhik! kalau dah nama duk pulau sure maggi adalah pilihan utama!

Dalam pukul 8am aku dah siap-siap nak turun, nak pergi snorkeling katanya.. aku call orang bot, tapi dia kata dia cuti katanya! aku call pula agent.. dia cakap nanti dia cari kan bot lain. Sementara nak tunggu agent aku jalan sampai ke jeti.. sampai di jeti aku teruja gila tengok ikan! makkk aihhhhh! tak pernah aku tengok ikan sebanyak ni.. memang seronok sangat.

Korang tengok la ikan-ikan disekeliling mamat tu! tak ke geram nengoknya!!

Tunggu punya tunggu budak agent tu tak call-call pun lagi! hati pulak tak tenteram tengok ikan.. aku cakap ngan hubby nak terjun dulu tak tahan dah! huhuhuh! tengah-tengah berendam agent call dia cakap orang bot takde dia suruh kami deal sendiri kat pantai, nanti time balik dia akan refund semula duit kami. 

Bila dah jadi macam tu aku macam dah takde mood, tengok ikan depan mata ni dah seronok.. so malas nak gi snorkeling jadi snorkeling kat jeti jerp! aku suruh hubby gi rental mask.

Seronok gila dapat main-main ngan ikan... sampai ke petang aku ngan hubby berendam. Lepas dah agak-agak penat hubby ajak aku naik.. katanya dia dah lapar, esok sebelum balik kita datang berendam lagi.

Huhuhuh! tiru cara Eida masuk roti dalam botol..
Ikan-ikan bilis
Coral yang tak berapa nak ada!
Ikan belang & ikan bawal

Sebelum naik ke chalet aku dan hubby gi lunch dulu kat kedai makan bawah tu, kalau dah namanya pulau harga makanan memang tercekik. Aku order nasi goreng cendawan dan hubby pulak order nasi goreng USA, air kami minum air mineral yang kami bawa tu je.

Perut pun dah kenyang kami pun naik ke chalet.. bersih-bersihkan diri terus fengsan tak ingat donia!Disebabkan air mineral yang kami bawa sudah kehabisan, aku suruh hubby refill kat reception bawah tu sebab FREE je. Kalau nak beli air mineral mahal gilos ok! 1 botol dalam RM4 or RM5 macam tu, lepas tu aku suruh dia cari roti tapi roti nan hadooo.. yang ada biskut lemak, its ok la suruh juga hubby beli sebab nak makan ngan sardin. Bila aku rasa je biskut yang hubby beli aku cakap awatnya LEMAU?? rupanya dah expired!!! oh maiiii!!! jadinya hati-hati la semasa membeli di pulau ni yeee.. dah la harga tercekik! memang tak berbaloi.

Malam tu kami turun semula ke restoran untuk makan malam pula. Aku makan nasi goreng pataya & hubby makan nasi goreng paprik, hubby cakap dah lama dia tak minum nescafe so aku orderkan nescafe untuk dia dah air Coke untuk aku.

lapar menunggu makan
Lepas makan terus kami naik ke chalet dan borak-borak kosong kemudian kami tidur..

Kira-kira 

Rental mask : RM10/pc (RM20 for 2pcs) untill 4pm
Lunch : RM20.00
Biskut : RM7.00
Dinner : RM25.00

Total : RM72.00


6 ulasan:

  1. haaa cinta tak amik pakej makan sekali ehh. mahal gileee makanan die! hehehhe.. best kan. bile nampak ikan2 tu makan roti tu? hehehhee.. cop cop abis tu cinta tak g ke snorkeling kat open sea? heyy cepat update lagi.. hehehheee

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. hah pe lagi.. booking aa cepat ke sana :P

      Padam
  3. tak ambil la dear, sebab ai nak sangat dok kat drock garden tu... situ takde pakej makan. Haah x pi snorkeling kat open sea.. tapi balik tu dia refund suit kami. :(... maknanya kami kena repeat lagi.. kali ni perhentian besar plak :P

    BalasPadam
  4. hi ..salam kenal :) TTC jgak

    well, kalau berkesempatan nanti gi la Redang Island plak.. amik pakej.. seronok tau gi Redang..ehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi! salam kenal juga.. insyallah ade rezeki mmg nak pergi sana :)

      Padam