Selasa, 31 Disember 2013

Aktiviti hujung minggu

Hari sabtu hari tu aku jadi baby sitter.. kakak ipar & biras aku kene kerja hari sabtu so takde siapa nak jaga, dia minta tolong aku. Awal-awal lagi aku dah cari idea nak bawa mereka ke mana sebab takut diaorang bosan. 

Mula-mula terpikir nak bawa pergi ke Bukit Cerakah, tapi sebab ade baby pikir 2-3 kali plak, takut aku takleh nak handle & tak larat dukung lelama.. dah la aku sorang. Pastu plan nak mandi kolam kat rumah adik aku, tapi dia takde plak, last last tanya kat kawan-kawan aku diaorang suggest pergi Splash kat The Mines ataupun kat Putrajaya.. ok gak, tapi memandangkan rumah kakak ipar aku kat Wangsa maju malas plak nak patah balik ke area selatan.

Last-last dapat idea nak pergi bawak mereka mandi manda di KK Klub melawati. Tempat dia menarik gak, macam-macam ade, kolam untuk mandi pun banyak.. sesuai la nak bawa anak-anak mandi manda kat situ. Bayaran masuk pun murah je RM5.00 untuk kanak-kanak RM10.00 untuk dewasa. 

Masa sampai kat kelab tu tak ramai sangat orang, bila dah masuk pukul 5 petang, ramai orang datang bawa anak-anak. Kolam renang ni buka sampai 10pm tau, so kalau tak nak hitam kena panas leh la bawa anak-anak datang waktu malam. Selain dari kolam renang, ada gak Gym, snooker & tennis. 

macam resort kan?? cantik tempatnya
Diaorang mandi tak ingat dunia, habis kecut satu badan.. termasuk yang paling kecik tu pun. tak padan dengan kecik tahan sejuk! nasib baik la si kecik tak banyak karenah, selalu buat lawak ceria hidup aku!

budak ni yang paling seronok! gewammm!!
Suka main lompat-lompat dalam air ☺
budak budak yang tak ingat dunia
nah! gambar adik beradik.. nasib baik dengar cakap




gambar masing masing di dalam air
Insha Allah next time aku akan kesini lagi bawa anak-anak sedara aku... seronok benar mereka, seminggu tak habis cerita kat parents diaorang, punya la seronok.. hikhikhikhik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan