Selasa, 23 Oktober 2012

Rendang LANDAK!

Siapa pernah makan landak?? actually landak ni aku dah masak lama masa time raya tuh hari tapi aku malas betul nak transfer gambar dari kamera. Masa raya tu hari... jiran MIL pergi memburu then dapat landak. Adik beradik yang lain tak berani nak makan, geli katanya.. tapi aku GAMBLE je, dah orang bagi ambik je la kan?? kang kecik hati plak MIL aku.

Kat sini aku share resepi LANDAK masak rendang.

Bahan-Bahan
1/2 kilo daging landak
3 ulas Bawang merah**
2 ulas Bawang putih**
1/2 inchi halia**
1/2 inchi lengkuas**
1 peket rempah rendang
Kerisik
1 kotak santan
3 sudu makan cili kisar**
Daun kunyit
Minyak Masak
Limau nipis/ sambal
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara Memasak
Cuci daging landak dengan limau nipis jika takde limau nipis boleh cuci dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir daging. Kemudian kisarkan bahan-bahan yang bertanda **, panaskan minyak masuk kan bahan-bahan yang dikisar tadi kedalam kuali goreng sehingga garing & naik bau. Campurkan rempah rendang dengan sedikit air sehingga menjadi paste kemudian masuk kan kedalam kuali dan goreng lagi sehingga betul-betul garing. Setelah rempah garing masuk kan daging landak dan gaul kan sebati masuk kan air & biarkan sehingga daging landak empuk. Bila daging dah empuk masuk kan santan, & kerisik tunggu sehingga mendidih masuk kan bahan-bahan perasa mengikut citarasa. Biarkan kuah sedikit pekat masuk kan daun kunyit dah gaul sebati. SIAP



rendang LANDAK.. ade yang berani cuba?
Landak ni daging dia liat-liat sedikit rase ade iras-iras ayam kampung.. kalau nak beli daging landak ni memang mahal wooo.. ade sesiapa yang berani cuba? hihihihi!

Rupa landak sebenar.. ahahah!

7 ulasan:

  1. aida pernah makan landak...
    sedap gak.

    BalasPadam
  2. Teringin pulak nak cuba.. tapi, susah jugak kan nak dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap kat kuala selangor ade jual landak yang dah siap masak, landak yang belum masak pun ade.. pernah masuk majalah 3 dulu

      Padam
  3. Cinta makan landak? Rasa ape? Ida tak pernah makannnnnnnnnnn...............

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah masak, kene la makan.. anak-anak sedara saya cakap sedap... huhuhu! tapi sebelum diaorang makan saya tipu dia cakap saya masak rendang ayam kampung. dah abis makan baru saya bgtau tu landak.. terkejut diaorang

      Padam
  4. nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    BalasPadam