Isnin, 22 Oktober 2012

Ikan dory grill bersama Sos Lemon

Minggu lepas aku teringin betul nak makan ikan bakar, then hajat dah dapat di lepas mase hari Rabu, tapi tak puas makan ikan rase macam tiap-tiap hari nak makan ikan.. search-search jumpa resepi simple untuk buat ikan bakar versi omputih.

Mari aku share kan...

Bahan-bahan Perapan

3 keping isi ikan dory (fillet ikan yang dah siap jual kat pasaraya)
Serbuk lada hitam
Serbuk paprika
Garam
Serbuk perasa
Sayur-sayuran (brokoli, asparagus ataupun lobak merah)

Bahan-bahan Sos Lemon

1/2 cawan susu segar
1/2 biji lemon
Herba thyme
Garam
Serbuk perasa
Bawang Putih

Cara-cara

Perapkan fillet ikan bersama serbuk lada hitam, garam, serbuk perasa & serbuk paprika selama 10-15 minit. Sapukan dulang pembakar dengan minyak kemudian masuk kan fillet yang diperap ke dalam oven.

Tumis bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan Garam, serbuk perasa & herba thyme tunggu sehingga pekat (kalau tak pekat sejuk kan dia akan pekat sendiri)

Brokoli, asparagus ataupun lobak merah boleh di rebus atau pun digoreng sebentar bersama olive oil.

Hidangkan bersama sehiris lemon untuk menghilangkan hanyir ikan & bersama sayuran yang direbus, untuk lebih enak ditambah baked bean.



SELAMAT MENCUBA! 


7 ulasan:

  1. erm...suka2!
    ni yang teringin jugak niiii

    BalasPadam
  2. Macam sonang je buat ni.. nak cuba nanti.. tapi nak ke hubby makan? die tu asik nasikkk nasikk nasikk... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh.. lelaki ni kureng sikit nak makan benda mcm ni.. hubby i pun makan 1 keping je yang lain i bedal.. simple je..

      Padam
  3. nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    BalasPadam