Khamis, 5 Februari 2015

Percutian Budget ke Langkawi ~ Part 2

Hari Kedua

29.01.2015, Khamis

Plan hari ni kami nak jalan-jalan di sekitar Langkawi sahaja sambil cari pakej yang kami nak. Tujuan kami nak ke Pulau Langkawi hanya untuk jalan-jalan & pergi snorkeling di Pulau Payar. Pagi ni bangun & bersiap kemudian terus check out.

Dari chalet kami cari tempat breakfast, kononnya nak cari nasi lemak kuning tapi tak jumpa plak. Pusing punya pusing kami berenti di satu gerai. Tak sangka gerai tu sedap gak makanan dia, kami order satu menu special iaitu roti canai daging blackpepper rasanya?? sure la sedappp!

Ni nama gerainya.. Labbaik.com
roti canai daging blackpepper... sempoy mercik bak angg!
Time ni sesiap bagi duit makan sorang RM50 so kalau pergi makan guna je duit ni, duit ni juga la wat top up untuk isi minyak & beli kudap-kudapan. Tukang pegang amanah untuk ni adalah aku.

Lepas dah kenyang kami menuju ke Cable Car, saje je jalan-jalan kat sini. Kalau pergi Langkawi ni adalah tempat yang wajib pergi walaupun tak naik Cable Car. Lepas dah puas pusing-pusing di dalam kawasan ni, kami menuju ke kereta. Kebetulan ada orang jual pakej kat sini, so aku tanya ade pakej ke Pulau Payar tak? sebab dulu aku pernah beli pakej kat sini memang murah harganya dari tempat lain. Dia cakap ada, memula dia offer harga RM140 seorang, kami minta rendah lagi sebab tempat lain kami boleh dapat harga tu, tawar punya tawar akhirnya dia bagi RM120 wahhhhh! memang tak sesia sebab kat area Pantai Chenang kebanyakan nya semua offer RM140. So kami pun bagi la depsoit sorang RM10 balance bayar masa kat kaunter nanti.

Oriental Village @ Cable Car Langkawi
Balik dari Cable car kami ke Pantai Cenang semula untuk Check inn di Hotel lain, sebelum check in kami jalan-jalan di Awana Potal Malai, cantik betul tempat nya.. tapi sure mahal.

Kawasan sekitar Awana Porta malai
Setelah jalan di sekitar Awana kami pun terus ke hotel yang kami akan menginap, hotel tu nama nya Landscon hotel, landscon hotel ni betul-betul dihadapan Mc Donald Pantai Cenang, memang HAVOC la tempatnya. Kawan aku yang booking hotel ni, harga nya pun special sebab kawan dia yang booking kan. Masa nak check in tu bilik tak siap lagi makanya kami merayau-rayau la dulu, pergi ke Under Water World.

Best juga masuk under water world ni nak-nak bila masuk tak payah bayar kan? lagi la double seronok nya... hahahaha! puas juga kami merayau dalam tu,

obor-obor
Ketam-ketam
Lepas merayau di under water world kami balik semula ke hotel, Alhamdulillah bilik dah ready. Masuk bilik gilir-gilir la mandi kemudian bersiap plak nk kuar jalan-jalan disekitar Pulau. Tempat tujuan kita adalah ke Tanjung Rhu. Sebelum ke Tanjung Rhu kami makan dulu Laksa Power di kawasan Airport. Kami order sorang semangkuk laksa power, sepinggan pasembor & 1 biji air kelapa.

Laksa power yang marvelous!
Pasembor yang tak kurang sedapnya
Dah kenyang, kami menuju ke Tanjung Rhu, tapi sayang nya Tanjung Rhu tak boleh nak masuk selepas pukul 5.30 petang, makanya kami menuju ke Pantai Pasir Tengkorak & pantai pasir hitam. Sebelum menuju ke kuah terjumpa beras terbakar so kami singgah dulu kat sini, sempat gak rembat selai suar untuk basahan esok.
rumah di kawasan beras terbakar.. cantik!!
Lepas singgah di sini kami terus ke pekan kuah tujuan nya adalah untuk survey-survey apa yang nak di beli masa hari terakhir nanti. Pusing punya punya tak hengat dunia, sampai ke malam merayau nya.. perut pun lapar, malam ni dah plan nk makan western, so kami singgah dia restoran EE burger. Makanan western di sini sangat murah dan sedap! tapi parking tu payah sikit sebab di tengah pekan kan.

Menu di EE burger
Ayam Grill, sedap & yang paling penting MURAH!
Perut pun dah kenyang kami pun menuju pulang ke hotel kami, tapi sebelum masuk bilik layan dulu kemeriahan di Pantai Cenang, kebetulan ade uptown market di depan hotel kami per lagi.. cuti mata la.

Kira-kira

Makan, minyak & kudap-kudap - RM50
Seluar basahan - RM17
Baju basahan - RM10
Mangkuk - RM10.90
Deposit Pulau Payar - RM10.00

Total: RM97.90

2 ulasan:

  1. okay dah baca nextt tak sbar tunggu pulau payar punya entry! hhhehhe

    BalasPadam
  2. hamboi.. laju ngomen nyaa... awak nya bali bila nak update

    BalasPadam