Jumaat, 6 Februari 2015

Percutian Budget ke Pulau Payar, Langkawi ~ Part 3

Hari Ketiga

30.01.2015, Jumaat


Hari ni pepagi dah bangun.. alhamdulillah kali ni tido sangat selesa selimut pun tebal, lepas bersiap misi mencari nasi lemak kuning, ade orang tu terliur nak makan nasi lemak kuning. Kami breakfast berdekatan dengan hotel yang kami tinggal sederet dengan Mcd. Di situ banyak juga choice, yang paling penting nasi lemak kuning pun ade tak payah nak pergi jauh-jauh.


dapat makan nasi lemak kuning! yaeyyy!!
Perut dah kenyang kami pun tunggu la bas/ van nak pick-up kami untuk ke Pulau Payar.. By 8.00am semua dah kena berkumpul di depan hotel. Tunggu punya tunggu akhirnya bas nya pun sampai, bas tu menuju ke Jeti pekan kuah. Sampai kat Pekan Kuah kami di bawa ke kaunter untuk tukar kan resit kepada gelang kalis air, kat situ gak kita kena settelkan balance lagi RM110 nanti dia akan bagi sekali voucher makanan, jangan kasi hilang plak nanti tak makan korang kat sana.

sticker ni kena pakai, senang orang bas nk pick-up
Dah settle semua kami di bawa ke feri untuk ke Pulau Payar!! yeayy i is tak sabar ok... nak berenang-renag dengan ikan-ikan jerung!! dari jeti pekan kuah ke Pulau Payar mengambil masa lebih kurang 45min macam tu, kami naik feri Langkawi Coral. Langkawi coral ni ade 2 tempat, 1 tempat di platform so korang berenang la kat platform kat tengah laut tu (harga mahal sikit) lagi satu tempat yang kami pergi ni la.. kat pantai.

Bila dah sampai kat sana korang akan diturun kan di platform tu, pastu akan ada bot-bot yang akan amik korang dari platform tu ke jeti untuk ke pantai.
Bot yang kami kena naik untuk ke pulau
Subhanallah!! Cantik gila pulau dia..
Kami sampai kat pantai tu dalam pukul 10.00 pagi macam tu, bila dah sampai pantai akan ada orang yang briefing pasal Pulau Payar & masa-masa untuk spend di pulau tu. Lepas dah breifing tu korang mandi la sepuas-puasnya! 
Yippi!!  Pulau Payar!
Seriously best gila!
Ikan kat sini memang banyak gilosss! kalau korang nak ikan keliling korang sila la bawa roti yeeee.. Jangan salah bagi makan ikan shark udah lerr.. time korang snorkeling-snorkeling tu ade je ikan shark main-main di gigi air.. tapi jgn risau ok shark tu tak makan orang.

nampak tak ikan??
Nampak tak shark??
Ikan pun selfie??
Khazanah dalam laut Pulau Payar
Dalam pukul 12 tengah hari tu time untuk makan, time tu gak la staff-staff Langkawi Coral bagi makan shark, shark yang ni besar-besar ok scary gak bila tengok.
Makanan yang diberi.. nasi goreng tak sedap! huhuhuh!

Ni time dia bagi makan shark yang besar.. nampak tak??
Lupa nak cerita, selain ikan-ikan yang gemok-gemok ada juga coral-coral.. tapi aku tak ke tengah sangat sebab takut sensorang kan, kalau ade abe nak tolong i is OK jee.

Pas puas berenang dalam pukul 2 macam tu kami pergi tukar baju, yang tak best nya tempat tukar baju takde air nak bilas-bilas.. melekit wokehh! tapi what to do?? dah nama pulau kan! i is redhoooo. Lepas dah bersiap tu kami jalan-jalan di sekitar Pulau, kat pulau ni ade satu batu yang menarik batu ni berupa muka orang hoiii scary ok!


Batu bentuk muka orang
Panas wehhh!! matahari terpacak atas kepala
Main lompat-lompat jauh dari orang lain.. Malu!!
Dalam pukul 3 petang macam tu, kami pun pulau semula ke jeti Pekan Kuah, macam biasa bas hantar kami sampai di depan hotel.

Nanti aku sambung cerita lagi ok! ni cerita pasal makan seafood MURAH & FRESH di Pulau Langkawi.

Seriously! rindu gila dengan ikan kat sini!!
Kalau pergi ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah Pulau Payar! gerenti tak menyesal!!


Kira-kira


Pulau Payar Pakej - RM120



7 ulasan:

  1. mmg menyesal.. ! dah dua kali pergi tak singgah2 jugakkk huhuhuhu.... next time!

    BalasPadam
    Balasan
    1. you should go darling.. yang suka pulau cam kita ni seronok sgt.. tapi kalau fefeling tak nak hitam & tak nak panas boring ok!

      Padam
  2. Salam. Boleh tahu tak kalau ada website untuk pakej pulau payar ni? Or contact number? Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry aishah contact no lupa plak nak share.. saya takde plak simpan.. kalau awak nak boleh je walk in kat oriental village dia ade sentiasa di situ.. dia mmg offer murah murah je kena bargain tauuu!!

      Padam
    2. Boleh juga tengok kat sini, ade pakej untuk pulau payar ni.

      http://www.holidaygogogo.com/pulau-payar-marine-park-snorkeling-tour-beach-package/

      Padam
  3. Balasan
    1. dekat cable car... ade orang jual pakej kat tempat parking. Situ memang murah dari tempat lain

      Padam