Rabu, 24 April 2013

Resepi lasagna yang simple

Siapa suka makan lasagna??? nga nga mulut cepattt!!! hihihihih! macam biasa selalu mengidam mengalahkan orang bunting. Yang paling mengada tak nak makan yang kat pizza hut tapi nak makan kat The Glato, tapi masa aku pergi The Glato dah siap-siap nak tutup kedai (al-maklum laku sangatttt.. penangan Jalan-jalan cari makan gamaknya) lagi pun aku sampai pun dah lewat memang patut pun dah habis!

Bila teringin tu hati memberontak, maka ambil solution buat sendiri. Cara masak sangat simple! tapi bahan-bahan dia Masyaallah! punya la mahal.. Aku beli barang je dah nak dekat RM50.00 (tu pun cari bahan yang paling murah) sila pejam mata sambil bayar & fikir positive, kita boleh guna barang-barang tu berulang kali dan JIMAT. Pheeewwwww~ *lap peluh

Bahan-bahan ni lebih kurang RM50, korang percaya?? (*_*')
Bahan-bahan

Kepingan lasagna instant                       
Daging cincang                                     
Bawang Merah
Bawang putih
Sos cili
Tepung Jagung/ Tepung gandum
Cheesedale                                           
Sos bolognese jenama maggie               
Mozarella cheese                                  
Parmesan cheese                                  
Cendawan butang                                 
Susu cair/ susu segar                             
Tomato puri                                          
Butter
Lada hitam

Cara-cara Memasak

Rebuskan 3/4 kepingan lasagna (ikut acuan) sehingga lembut. Jangan lupa masuk kan sedikit minyak supaya tak melekat antara satu sama lain.

Sos Merah/ bolognese

2 biji bawang merah dipotong dadu, kemudian seulas bawang putih juga dipotong dadu. Panas kan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bawang-bawang sehingga kekuningan, masukan lebih kurang 200grm daging cincang goreng sehingga bertukar warna menjadi coklat. Campurkan serbuk sos bolognese Maggie dengan sedikit air kemudian gaul sebati dan masukkan kedalam daging yang digoreng. Potong dadu 3/4 biji cendawan butang dan campurkan dengan sos daging tadi. Masukkan pula sesudu sos cili, sedikit lada hitam dan perasa. Tunggu sehingga sos menjadi sedikit kering/pekat.

Sos Putih

Panas kan periuk dengan 2 sudu besar butter, setelah butter cair masukkan 220ml susu segar. Letak sedikit garam dan masuk kan 2/3 keping cheesedale ke dalam kuah tadi dan tunggu sehingga betul-betul pekat.

Melapis lasagna

Letakan kepingan lasagna di bawah sekali, kemudian masukkan sos merah dan campurkan pula sos putih, taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese. Ulangi langkah ini untuk beberapa lapis dan diakhiri dengan sos putih dan taburan mozarella cheese. Kemudian bakar & tunggu sehingga cheese mencair (agak-agak dalam 2-3 minit macam tu (^_^).... kalau nak makan tu korang kene tunggu lasagna tu sejuk sikit, kalau tak melecur mulut hokehhhh!

Tips: pastikan sos merah dan sos putih tu kering dan pekat baru la lasagna tak beriar sangat.

Ni hubby punya..

yang ni aku punya :)
Adunan ni boleh dapat 2-3 mangkuk lasagna... memang bertambah gemuk la aku!!! Disebabkan aku pakai oven toster yang kecik & foil bowl tu lebih besar maka aku kene kemek kan sikit foil tu hihihihi! maklumla orang takde oven! tapi nak juga makan hasil buatan sendiri begini la jadinya..

23 ulasan:

  1. weiiiii, terus aku rasa lapar ok!!! serius rasa nak makan jer pc ni bila tgk lasagna ni.. motif ko dera aku mcm ni?? peerrggghhhhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila gemuk kan badan bersama aku! heheheheh! MARI!!!!

      Padam
  2. woowww .. mengiurkan...
    telekung vietnam rm 66.00 trmasuk harga pos tu ada stok lg ker??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade Masya.. Sabtu ni stok sampai, hari isnin saya pos.. dear nak color ape? pm saya untuk order.. email kat oren_pink@yahoo.com

      Padam
  3. Assalamualaikum kak zue. sheila teringin nak buat. tapi kat rumah takda oven. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sheila! umah kita pun xde oven.. pakai oven toaster yang kecik tu je.. tak leh nak bakar beriya sgt

      Padam
  4. adeh...lapor nengok nih... harus carik lasagna lunch neh...

    BalasPadam
  5. Nampak mmg menggiurkan..

    Penah makan yg kat pizza hut, mmg tak berapa sedap. Yg kat secret receipe lagi sdp. Tapi lagi sedap kalo buat sendiri...mcm awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu kita takmo mkn yang pizza hut punya :P.. lebih baik rajin kan diri buat sendiri :)

      tapi buat sendiri takde disiplin cheese melimpah ruah gemuk sudaaaa!

      Padam
  6. Terliur. Hantar semangkuk. Kata dpt 2-3 mangkuk kan ☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya buat dapat 2 mangkuk (1 saya 1 hubby).. sila datang rumah untuk merasainya hihihihih!

      Padam
  7. Aduh tak boleh nak baca satu2.nanti lepas buka posameka dtg semula amik resepi k.kalu tak ada yg melelh air liur ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. eka x yah tgk resepi pun dah tau kan bahan-bahan?? eka kan teror masak western..

      Padam
  8. sedapnya...,ini yang nak ajak en hubby g cari kat kedai yang siap punya..
    **motip malas masak sebab minggu nie penat dengan kursus dan program luar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu salmi pun pandai masakkk.. jelez!

      Padam
  9. hoi sedapnye! okeyh next gathering umah cinta..masak ni ye..hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. oven ai tak canggih! malu nak bwak untuk korang sangatttt la comot!

      Padam
  10. Mengugat keimanan betul la tengok gambar tu T______T

    BalasPadam
  11. cintaaaaaaaaaaaaaa.. umah ida xde tempat bakar bakar, oven ape ntah lagi.. acena nk buat ni? adehhhhh.. nak beli oven jap. hahahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ida pakai microwave or kuali ajaib pun boleh kotttt

      Padam
    2. microwave pun yillek. pemanggang tu boleh eh? xpe la. ida dahbeli oven. mihmih.. ida datang jengukkk resepi cinta semulaaaaaaaaa ;)

      Padam