Rawatan Kesuburan: Semen Analysis

Kornologi Treatment

1. Start all over again @ Hospital Government pula..
2. Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang

3. 
Rawatan Kesuburan: Kali kedua di Hospital Kajang

4. Rawatan Kesuburan: Blood test di Hospital Kajang

Hari ni 18.04.2013 appointment untuk hantar semen hubby ke makmal. Hubby aku kena "PUASA" lama wooo! mana taknya minggu sebelum ni aku period, lepas abis period je ngam-ngam dia kena "PUASA" sebab nak anta semen. Kesian dia :P

Malam semalam tak boleh nak tidur dengan lena sebabnya perut ni pedih yang AMAT, gastrik kaw! sebab tengah hari makan Yong Tau fu *healty food katanya! puiiiii~ . Pastu pagi-pagi nak kene bangun tolong hubby.. hihihih! pkl 7.47am semuanya selamat, tapi macam sikit pulak.. ke memang macam tu?? aku pun tak pasti. Semen tu kena sampai kat makmal dalam masa 1 jam. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya, rumah ngan hospital dekat je.


Syarat-syarat sebelum hantar semen
Lepas dah anta semen ke makmal, hubby terus anta pergi kerja. Sekejap je settle, alhamdulillah semua berjalan lancar, tunggu result dari doktor je pada 10.06.2013 nanti.. owhhhhh! tak sabarnya cepat la masa berlalu ☺.

INFO

Total rawatan kali ni: RM0.00

Ulasan

  1. moga semuanya berjalan lancar..amin

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, semoga ada rezeki buat akak dan suami. insyallah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sheila, saya ni pelupa that y kene catit :p

      Padam
  3. Balasan
    1. Farah.. aku dah 6 thn da wei takmo tunggu lagi :(.. kalau terpaksa buat iui or ivf aku redhaaa

      Padam
    2. Ko cuba buat iui dulu ek mana tau ada rezeki dapat baby

      Padam
    3. mmg nak sgt farah tapikan kene tunggu step by step. kalau nak terus buat iui kat hospital swasta mahal skit. insyallah ada rezeki nnt

      Padam
  4. salam, Inshaalallah ada rezeki, mcm sy dulu berbyk berdoa dim sujud, minta ibu/mil doakan jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah babypose, dorang tak putus doa untuk kami.

      Padam
  5. zue, semen analysis ni buat kat ne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nina, saya buat kat hospital Kajang.. tapi kene step by step

      Padam
  6. hehehe.. saya tergelak baca entry ni.. "puasa" lah sangatttttt..

    ok2! saya serius.. saya doakan ada rezeki utk awk & husband.. percayalah dear.. Allah tau apa yg terbaik.. TTC kena kuatttttt ok!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. geli jerk bersaya ngan aku.. puasa la ko ni! penat ngendeng ngan aku.. tapi aku tak layan sebab bukan senang nak buat app. kat hospital gov ni. hikhikhik!

      Padam
  7. Eh, lebih kurang Yani je tarikh app hubby awak tu. Hubby Yani kena hantar tabung berisi benda tu esok pagi (19 April 2013). Period Yani pun bersih betul2 sehari sebelum hubby Yani kena 'puasa'...huhu! Kesian dia, malam tadi sayu je muka kata lama sangat kena 'puasa'. Yani sengih je tengok dia, dah lam dari hari pertama dia 'puasa', Yani dah dera emosi dia..kui kui kui

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian kan?? tapi comel je ngendeng-ngendeng huhuhuh! good luck eh yani!

      Padam
  8. eka en suami dah dua kali wat sperm semen analysis ni. dah la dia bt kat toilet spital.sungguh tak berselara katanya.spital-rumah jauh.. so terpaksa la

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak takde feel, yang buat kat rumah pun sikit je.. ni kan pulak buat kat toilet hospital kene alat bantuan gamaknya. Patut kan dorang kene sediakan bilik yang sesuai kan??

      Padam
    2. @Eka : sama ler :( kesian pun ade pada en suami tadi. dia pun kena buat di toilet hospital je sebab rumah jauh dari hosp. dah la pagi2 bandar melaka ni asyik jem je.

      @Zue : :( sama la nasib hubby kita berdua. tak dapat produce hasil banyak sebab dia kata x selesa buat benda tu dalam toilet sambil pegang botol. Yani macam kecewa juga tadi, tapi bila fikir2 balik tak boleh juga nak salah kan dia. Haish...harap2 la hasil air mani tu cukup untuk buat analisis.

      Padam
    3. Yani, saya rasa hasilnya memang sikit mcm tu kot, sebab saya tanya member saya pun dia ckp hasil memang sikit, tak banyak.. saya rasa tu standard kot

      Padam
    4. @Zue : Oh ye ke? Harap2 macam tu la kan... :) ade org tu request utk malam ni, huhu~ Dia kata x tahan..... hehehe, haaa~ baru tahu!

      Padam
    5. ahahah! siap.. mode GATAL ON.. hikhikhik *ketawa sambil tutup mulut ;P

      Padam
    6. tau x pe. bila request dtg dari pihak sana (siap dengan ekspresi muka dan nada suara sedih), hati dah berbunga2...bukan apa, lebih suka pihak sana yang mula minta dulu, asyik kita je yang request..opss!

      Padam
  9. Siannya. Lama hubby kena posa yer ☺☺

    Good luck. In shaa allah...akk doakan smoga kamu cepat2 dapat baby.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe.. huhuhuh! insyallah kak.. terima kasih diatas doa akak ☺

      Padam
  10. 10.6? mak aii lame lagiii.. goverment kan. xpeee. slow and steadyyy.. ida doa cinta dan hubby berjayaaaa. yeayy!! dan doakan ida pulak semoga terbuka hati nak sambung treatment? hhikhikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama kan?? tapi xpe la.. buat yang termampu dari takde apa apa usaha at least ade usaha juga :)... insyallah kita semua akan dapat apa yang dihajati.. aminnnn!

      Padam
  11. assalamualaikum sis. sy Wani. ttcian nak masuk 3years. sy nie pesakit pcos tapi doc kata ikut term WHO dh boleh proceed untuk ujian kesuburan. sy buat kat hospital kajang. mslh sy ttg semen analysis lah.. sbb kat hospital dh tak sediakan makmal tu. katanya kena buat kat Lab Kajang tapi sy kurang pasti dimana. sis masih ingat di mana tak? sbb ade baca ruangan sis hantar sampel kat BP LAB KAJANG. dimana ye? betol ke itu lab yg boleh buat ujian semen setiap hari jumaat sahaja? bagaimana prosesnya, kena hantar sampel dari rumah ke? maaf sbb sy sendiri tak pasti lab yg nurse suggest kat sy nie sama dgn lab yg sis pergi.. hehe ! kami PJJ tu yg susah nak buat ujian nie 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. BP Lab Kajang dekat dengan Maybank Kajang dear.. buat kat rumah, then hantar kat Lab, setiap hari Jumaat tu x sure la pulak.. kalau PJJ suruh je hubby buat dekat Lab yang terdekat, then result anta kat dear semula untuk treatment

      Padam
    2. lagi satu saya tak sarankan awak buat kat hospital Kajang, serius buang masa.. takde improvement. better pergi ke HKL atau Putrajaya

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?