Rawatan Kesuburan: Kali pertama di Hospital Kajang
Pada hari Khamis 14 Feb 2013, buat kali pertama aku ke Hospital Kajang, dengan berbekalkan surat rujukan dari Klinik Kesihatan Kajang. Aku dengan confident nya ingat kan doktor akan terus buat medical check up. Rupa-rupanya TIDAK!
Masa sampai je kat bahagian O&G tu aku ke kaunter untuk buat pendaftaran.. tanya kat nurse then dia suruh aku terus masuk ke klinik, kemudian tanya pulak nurse dalam klinik tu dia suruh tanya kat nurse yang tengah pegang baby.
Aku terus tunjuk kan surat rujukan tu kat dia, then dia tanya aku "puan ada sakit ke?" aku cakap takde cuma nak buat check up biasa. Lepas tu nurse tu tanya lagi "period regular tak?" aku jawab la period aku tak regular kadang-kadang datang OK kadang-kadang sampai 2-3 bulan tak datang. Lepas tu nurse tu terus tanya 8hb Mac ni FREE tak? aku pikir-pikir alang-alang nak cuti baik amik sekali jer sebab nak amik MIL & FIL balik umrah, cek tarikh MIL & FIL balik 1hb Mac so kami pilih tarikh tu. Pagi-pagi boleh pegi hospital, petang nya boleh amik MIL & FIL kat airport. Terus bagitau nurse 1hb Mac kami FREE, dia terus catit kat surat rujukan "app 1hb Mac" dia pesan kene datang pagi pukul 8am terus daftar kat kaunter pendaftaran.
Rupa-rupanya.. 1st visit kami di Hospital Kajang hanyala untuk buat appoitment! huarghhhh... kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah buat appointment untuk dapatkan tarikh! MENYESAL tak buat! kalau tak boleh jimat cuti kami.. NASIB baik masa kami pergi hospital tu memang time kami cuti kalau taakkkk mau hamukan terjadi kat situ!
Ok next appointment aku di Hospital Kajang pada 1/03/2013. Semoga semuanya berjalan lancar, jangan la kejadian seperti ini berulang..
01032013 kita akan berjumpa lagi @ 8am |
*Kebetulan umrah MIL & FIL ditunda, masa MIL & FIL balik dari umrah pun tertunda juga pada 3/03/2013 pada hari Ahad, makanya kami tidak perlu mengambil cuti sebanyak 2 kali. SYUKURRRR.. (begini la nasib orang yang tak banyak cuti & terpaksa berjimat-jimat cuti)
*Ingat tak BFF yang aku cerita buat IUI kat KPJ Kajang tu? dia punya IUI gagal..
"my dear, aku harap ko bersabar & tabah menghadapi segala nya OKAY? aku tau ko sangat-sangat kuat.. lets do it again & jangan pernah mengalah.. I LOVE YOU soooo much!"
INFO
Total rawatan kali ni: RM0.00
Hurm... bila la akak nak buat treatment ni yer. nak buat kat dr hamid plak.. tp bila pikir nak buat balik HSG.. trus rasa.. pfttt....
BalasPadamsaya x pernah ke tahap tu lagi.. tak sabar nak buat.. ade masa 2 bulan je lagi untuk buat 2013 babies.. nampak gaya x sempat la...
Padamsaya punya rujukan ngan doc dah masuk setahun.. baru sampai tahap hsg..next step tunggu temujanji bulan 3..huhu sangat lama
BalasPadamadoi lama nya.. mmg x dpt la baby 2013
Padamzue, i just want to share, pasl PB pun blh membntu menstabilkan period jugak, PB ni ada infra red tu yg dpt menstabilkan hormon kite...
BalasPadaminsyaallah dgn izin tuhan...kalu nak try boleh call saya 019-9796990...
Erk? biasa arr tu kalau dengan gov. hehehhee.
BalasPadamok terpaksa redha.. nak gi swasta tak mampu.. mula mula rasa mcm mampu tapi dah kali 2-3 rase macam adehhhhh
Padamkwn awk yg buat iui @KPJ kajang tu kos nyer berapa yer
BalasPadamLiana,RM800 liana untuk IUI sahaja.. tak termasuk treatment/ consultation sebelum buat IUI
Padam