Khamis, 11 April 2013

Bubur nasi di kala hujan!

Semalam lebat gila kan hujan? nasib baik payung BESAR aku tertinggal kat office.. boleh la balik berpayung! kalau tak memang kene tunggu hujan reda. Dengar cerita kawasan KL banyak ditengelami air betul kah??? kasihannnnnn...

Sampai rumah je terus mandi, takut sakit kepala! pastu cari idea nak masak apa. Idea pun datang TING! masak bubur nasi dengan lauk.. nak-nak bila cuaca sejuk kan? hujan lagi tu... mak aih! memang sesuai banget!

bubur nasi berlauk
Bubur nasi + ikan bilis kentang kicap + sardin + sambal ketuk + telur dadar

Simple but NICE ok! *puji masakan sendiri... Nak share ngan korang resepi sambal ketuk yang bapak sedap! terangkat gila bila makan dengan nasi panas! fuuhhh kecur air liur!

SAMBAL KETUK

Bahan-bahan
Ikan Bilis
Cili padi
Bawang merah
Sedikit garam

Cara-cara memasak
Gorengkan ikan bilis sehingga garing, kemudian ketepikan. Gorengkan pula cili padi dan bawang merah kemudian tumbuk semua bahan sehingga lumat, masukan sedikit garam (jangan terlalu banyak sebab ikan bilis dah masin). Siap & boleh dihidangkan.

**Dah lama tak makan bubur nasi kat kampung baru, daging kicap dia pergh memang sedap! terliurnya!

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum. sedapnya. memang makanan panas waktu sejuk atau hujan serius meleleh okey! hahahahha

    BalasPadam
  2. sambal ketuk? hmm.. boleht ry ni... hehehe.. tq cintaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. tak pnh buat sambal ketuk tu..bes je napaknya.. mesti sedap eh..nak try.. hikhik

    BalasPadam
  4. sambal ketuk ? 1st time dengar.nampak cam best :)

    BalasPadam
  5. amboiiiiii, tergoda aku!!! sedapppppppp tu!

    BalasPadam