Selasa, 28 Ogos 2012

Cerita pasal Hari Raya 2012

Seperti entry aku yang lepas Hari Raya tahun ni cukup tak meriah bagi aku... aku just beli sehelai baju kurung & sandal, kuih pun just beli kerepek je tu pun dah abis dah aku & hubby ngap.

Aku balik ke JB hari Sabtu sebelum sahur kami bertolak, singgah jap kat R&R seremban untuk bersahur, kemudian kami teruskan perjalanan ke JB. Sampai je JB aku duduk-duduk jap pastu kuar gi bank settlekan segala hutang-piutang, iyer la gaji lambat lagi kan? dah settle sume terus pegi ke pasar beli barang-barang nak buat rendang & sambal jawa, actually kakak aku cakap tak payah masak sebab kami 2 keluarga je yang nak makan.. tapi aku yang beriya nak masak, tak sedap plak kan hari raya tak masak at least hubby leh la makan sikit-sikit after semayang raya.. Sampai kat pasar orang punya la ramai huh, rase nak cepat-cepat je kuar dari situ, tapi yang tak sedapnya tempe takde! adeh mane la sedap kalau sambal jawa takde tempe. Susah betul nak cari tempe kat johor on that day, puas pusing kedai kat gelang patah semua habis at last jumpa tempe kat giant tu pun tinggal 2 keping, jadi la dari takde kan? petang tu kami semua berbuka mee bandung hasil air tangan kakak aku.

Hari Raya pertama after sembahyang raya kami dua beradik/ keluarga makan-makan & bermaaf-maafan, lepas dah salam-salam terus gi umah bapak aku kat kampung melayu, lepas beraya kat umah bapak aku gi ke umah adik ipar bapak aku & then terus ke kampung dalam tengok nenek sedara yang tengah sakit.. lepas tu balik umah tido hihihihihi! petang tu adik & kakak aku serta abang ipar datang beraya kejap. Pada sebelah malamnya pergi beraya rumah makcik aku lepas tu balik umah tido lagi hihihihih!

Hari Raya kedua pagi-pagi kami bersiap nak balik ke Jengka, sebelum balik ke Jengka singgah dulu umah bapak aku untuk say good bye :(, sedihnya sekejap je dapat jumpa bapak aku rindu pun tak hilang lagi. On the way balik ke Jengka lalu jalan kampung kan? sesak betul jalan kalau hari biasa pukul 3 petang macam tu dah sampai ke Jengka tapi ni pukul 6 petang baru sampai? haiyohhhh! dah la aku yang drive, hubby kat sebelah dah bising-bising cakap bosan duk dalam kete lama-lama... abis what to do? dah hari raya namanya.. harus la Jammed sana sini! Sampai Jengka terus je makan, lapar gile woooo! memang tak makan sepanjang perjalanan..

Hari Raya ketiga kami sekeluarga bergamba sebabnya kakak ipar aku dah nak balik ke KL semula, so ni la masa nya nak bergambar beramai-ramaikan? mase kat Jengka tak beraya ke mana-mana pun duk rumah je.. layan anak sedara, makan & tido.

Hari Raya keempat balik KL dah... sepanjang cuti seminggu aku duduk umah main game, masak & tengok TV heaven gile rase, tu yang nak pegi keje semula dah rasa malas.

Orang lain dah upload gamba raya ye? ok my turn plak tayang gamba raya.. LAYAN!

Raya pertama di JB
Raya ketiga di Jengka *baju recycle
Family in law
Syukur takde jugak soalan panas yang dikeluarkan oleh sedara-mara.. hihihih! macam mana nak tanya pergi beraya pun tak kan?

P/S: bosan bile keluarga kita ni dah pecah belah buat hal masing-masing.. nak beraya pun dah tak seronok!

8 ulasan:

  1. selamat hari raya cinta! suka baju cinta...cantek

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya Nana, tq.. baju last minit tu, cari yang simple n sedap pakai je tu

      Padam
  2. suweeet nye lakibini ni..hihi..selamat hari raya cinta..apa kbr keluarga momo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sinar, selamat hari raya jugak.. momo & family sehat, anak-anak pun bertambah gemok.. mak dia je kurus

      Padam
  3. cantik la baju cinta!!! i like!!

    selamat hari raya yunk.. maaf zahir dan batin.. ada masa meh la singgah rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq zana.. selamat hari raya, insyallah ade masa nnt kami dtg :)

      Padam
  4. Ungu ke tu? Cantik je tu! Tak sempat kita nak beraya together gede kan.,.. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ungu la yang aka purple.. tu la x sempat nak beraya, kalau 1st day kat jengka sure leh raya together2

      Padam