Kata Kunci untuk blog aku

Selama berblogging ni aku tak pernah lagi tunjuk kata kunci untuk blog aku.. selalunya ape yang orang tercari-cari kat blog aku ni eh? meh kita tengok!

Untuk akaun Nuffnang ni dia kata kuncinya:

Susu kambing & kurma - ni mesti carian dari geng TTC or sure orang-orang yang cuba nak hamil macam aku kan?

Sugar Glider - ni mesti nak cari tips untuk bela sugar glider

Kenanga wholesale City - Dah nak dekat raya kan? mesti nak shopping kan?

Period berpanjangan - Opssss... ade gak ke orang yang ade problem macam aku? sure korang risau kan?

Puteri Harbour theme park -  Untuk pengetahuan semua... Puteri Harbour theme park akan di buka pada September 2012 (sesapa yang nak pergi boleh la..) *tempat keje lama aku ni ☺

Minituare perfume - ni mesti sama hobi ngan aku ni.. kumpul minituare.. ade yang nak tukar-tukar botol x?

Ujian kehamilan - mesti bakal-bakal ibu yang search ni sebab ragu-ragu dengan ujian UPT yang dilakukan kan?

last sekali

Berurut untuk hamil - ni mesti dari geng TTC gak ni.. nak cari tempat untuk berurut.. ☺

Alhamdulillah.. buat masa ni takde lagi kata kunci yang mengarut-ngarut masuk kat blog aku ni.. tapi yang sedihnya iklan nuffnang mcm tu je tak berganjak, tapi takpe berblogging ni hanya untuk suka-suka, untuk minat tapi kalau dapat duit tu satu kelebihan.. betul tak? Syukur apa yang ade ye tak kawan-kawan..

Nanti aku share kata kunci kat dashboard pulak ehhhh!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Cuci gigi di Klinik Pergigian UTC Sentul

Percutian ke Koh Samui - Part 1