Resepi Murtabak crackers

Mari kita sharing resepi murtabak crackers. Simple tapi sedap...

Bahan-bahan

Biskut Cream Crackers (kalau nak sedap gune cap ping-pong)
Daging cincang (Ramly)
2 biji bawang besar- dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dipotong dadu 
Sedikit halia - ditumbuk
2-3 biji kentang - dipotong dadu
1/2 - 1 biji lobak merah - dipotong dadu
1 biji lada merah/hijau - dipotong halus
1 peket rempah kari
2-3 biji telur ayam
Susu cair
Daun sup & daun bawang

Cara-cara

Inti Murtabak crackers

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan daging cincang (sukatan ikut citarasa kalau nak rase daging banyak masukkan banyak) masukkan sedikit air untuk empukkan daging, masukkan juga halia yang telah ditumbuk. Campurkan air dengan rempah kari supaya menjadi paste, masukkan kentang dan lobak, kemudian masukkan paste kari dan gaul rata. Setelah kentang, lobak & daging empuk masukkan lada merah/hijau yang telah dihiris. Jangan lupe masukkan garam & bahan perasa. Tunggu sehingga inti kering kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.

 Lapisan Murtabak crackers

1) Sediakan loyang pembakar (segi empat lebih senang untuk susun biskut), sapukan dengan majerin supaya tak melekat.
2) Susu cair dicampurkan dengan air suam, kemudian rendam biskut cream crackers kedalam susu cair tadi. Agak-agak dah lembut angkat dan masukkan kedalam loyang.
3) Susun biskut yang direndam kedalam loyang. kemudian lapiskan dengan inti murtabak.
4) Setelah lapis dengan inti murtabak sapukan telur ke atas inti kemudian dilapisi lagi dengan biskut yang direndam dengan susu tadi.
5) Ulangi langkah diatas sehingga 4-5 lapisan atau mengikut ketinggian loyang pembakar.
6) Lepas dah membuat lapisan ni semua... lebihan susu & telur tadi boleh tuang keatas lapisan murtabak crackers, kemudian boleh la bakar dalam 15-20 min.
6) Kalau nak letak cheese kat lapisan atas sekali pun bole..

P/S: Korang kalau nak buat sila gune loyang/acuan yang betul, jangan jadi macam aku yer... Kalau boleh gune oven yang betul jgn gune toaster macam aku yerr. kang HANGUS!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?