Selasa, 26 Mac 2013

Resepi Makaroni goreng yang SIMPLE

Hah! minggu ni minggu share resepi yer.. semuanya SIMPLE² sebab, aku memang sangat pemalas hokeh! resepi yang simple je la yang aku boleh share. Tapi aku gerenti memang sedap!

Kali ni Makaroni goreng yang sangat simple, makaroni is may favvy!

Bahan-bahan
Makaroni
Sayur kobis/ sawi/ kuchai
1 tin sardin
1 Sudu cili kisar
1 Biji bawang besar
1 Ulas bawang putih
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram


Cara-cara memasak
Rebuskan makaroni, jangan lupa letak sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat & hancur.. rebuskan sehingga kembang & masak.

Goreng sardin sehingga sedikit garing (sos buang), kemudia ketepikan.

Bawang besar & bawang putih di potong dadu, kemudian tumis cili kisar sehingga garing kemudian masukan bawang yang dikisar. Setelah bawang layu masuk kan sardin serta hancur-hancurkan, gaul sebati dengan sambal tadi kemudian masukkan serbuk perasa, sos cili & sos tiram setelah digaul sebati masuk kan makaroni, gaul kan lagi... akhir sekali masuk kan sayur.. tadaaaa! SIAP!


Resepi begini sangat sesuai untuk orang yang tiada masa untuk memasak! Selamat MENCUBA!

 

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum awak. hee. sheila pun suka buat camni. malam2 tak mkn nasi, mesti makan makaroni campur dgn lauk dinner. hhuhu :)

    BalasPadam
  2. simple nyer,,,nk try lah nnt..

    BalasPadam
  3. betul2... resipi yang simple dan ringkas...senang jer nak dikerjakan kat kitchen tu...

    BalasPadam
  4. wow boleh buat ni, macam mudah jerk...

    BalasPadam
  5. wahhh..best2..tapi kalu tukar sardin ngan ikan bilis sdap tk ek....should try nih..

    BalasPadam
  6. dah lama tak goreng makaroni..nanti nak abiskan stok yang ado kat rumahlah..teringin pulak bila Cinta publishkan makaroni goreng nie..

    BalasPadam
  7. mcm goreng bihun, mee, kan.. senanggggg.. simple2 je kite ni. mkn dua orang aje kan.. hehhehehe

    BalasPadam
  8. sedap sedap :) sy suke mkn makaroni dengan sup cendawan

    BalasPadam
  9. boleh try ni..sy kalau dinner mmg dah mls nak mkn nasi dh..

    BalasPadam
  10. x terfikir aku nk menggunakan sardin... kena cube nih...

    BalasPadam