Rabu, 8 Jun 2011

Wantan Goreng Inti Daging & Udang

Hari ni share lagi satu resepi untuk kunyah-kunyah bile rase lapar or di petang hari. Wantan ni memang sedap bile panas-panas krapp...krukkk rangup! aku suke sangat ngan wantan ni, kalau kat luar mahal woo baik buat sendiri. Kalau kat luar mau harga dia RM1.00-RM1.50 dah la kecik isi pun x banyak! buat sendiri puas hati..

Wantan yang siap di goreng.. agak hodoh sedikit!

Bahan-bahan

Kulit wantan (ada dijual di pasaraya)
500 gram udang
300 gram daging
Cendawan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Daun bawang & daun sup
Lada hitam
Lada sulah
Kicap
Minyak bijan

Cara-cara

1) Cincang bawang besar dan bawang putih
2) Udang ditumbuk kasar
3) Daging di potong kecil-kecil
4) Cendawan di potong kecil
5) Daun bawang & daun sup dipotong halus
6) Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
7) Masukkan daging, goreng sehingga empuk
8) Masukkan udang sehingga kemerahan
9) Masukkan cendawan
10) masuk kan garam, lada hitam, lada sulah, kicap & minyak bijan
11) Gaul rata & masukkan daun bawang & daun sup yang dipotong halus tadi
12) Setelah masak sejuk kan inti tadi, dan balut dengan kulit wantan
13) Jika hendak makan gorengkan terlebih dahulu

Inti yang telah siap di masak

Hah! amacam senang je kan? cube la yer

P/S: Next time mau buat inti lain plak

5 ulasan:

  1. thanks bg resepi.. nampak sedap minta skikit ble?? hehehe

    BalasPadam
  2. senang je buat dia.. tapi yang malas nyer time nak wrapping wantan tuh..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. saya pakai cendawan enoki.. cendawan yang panjang-pajang tu

      Padam