Selasa, 10 Mei 2011

Ikan patin masak tempoyak

Hari ni mau kongsi resepi skit.. Ikan patin masak tempoyak, simple & senang dimasak! bagi sesapa pengemar tempoyak or durian mesti terliur bile tengok resepi aku ni. Malam tadi aku bertungkus lumus memasak sebab hari ni aku mau bawak bekal ke opis. so layannnn!

Bahan-bahan

1 Ekor ikan patin (aku makan ikan patin sangkar je.. original dari sungai Pahang)
1 Ikat daun kesum
10 Biji cili padi kampung
1 Inci kunyit hidup
2 Batang bunga kantan
2 1/2 Sudu tempoyak
1 Batang timun
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara memasak

Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat, masukan tempoyak, gula dan garam gaul tumbuk serta perlahan-lahan. Gaulkan ikan patin sehingga sebati dengan tempoyak yang telah ditumbuk bersama-sama dengan cili dan kunyit tadi. Setelah sebati masukan air dan daun kesum, kemudian hidupkan api. Bila kuah dah agak mengelegak masukkan timun dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih. SIAP!



Hah amacam?? senang tak? aku ni kalau ikan patin kolam memang aku x makan la wei bau nyer hanyir.. ikan patin sangkar ni kurang skit hanyirnya.. hah petua nak hilangkan bau hanyir.. korang basuh ikan patin/ikan sungai ni ngan asam limau.. sure bau hanyir hilang. selamat mencuba k!

P/S: orang lain makan tempoyak ikan patin sampai beribu-ribu.. ape kata kita amik initiative masak sendiri, memang berbaloi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan