Selasa, 7 Jun 2011

Sup Tulang Merah

Hari Ahad tuh hari teringin sangat nak buat lauk lain dari yang lain, teringat la resepi arwah mak iaitu SUP TULANG MERAH. wahhh! sedap nyer.. sup tulang merah ni memang terkenal kat singapore! So aku kongsikan resepi ni kat sini.

Bahan-Bahan

1 Kg daging lembu/kambing
Sedikit tulang lembu/ kambing
2 bungkus rempah sup bunjut tulang
1 batang lobak merah
2 batang saderi
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu tomoto puri
3 sudu cili boh/ cili kering yang di kisar
2 sudu tepung gandum
Sedikit daun sup & daun bawang

Cara-cara

1) Rebuskan tulang & daging bersama-sama dengan rempah sup bunjut tulang sehingga dagingnya empuk.
2) Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia & cili kering.
3) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
4) Masukan tulang & daging yang direbus kedalam bahan-bahan yang ditumis tadi, masukkan sekali air rebusan daging & tulang.
5) Masukan tomato puri ke dalam sup.
6) Masukan lobak & saderi.
7) Bancuhkan tepung gandum & tuang kedalam sup.
8) Tunggu sehingga lobak & saderi empuk.
9) Taburkan daun sup & daun bawang.... siap dihidang.


P/S: Sup ini sedap di makan dengan roti :)

2 ulasan: