Percutian Budget ke Kedah - Day 3
Day 3 (25.01.2015, Isnin) Hari ni hari terakhir, pagi lagi dah bangun nak tengok sunrise kat belakang resort, pemandangan belakang resot adalah permandangan sawah padi dan Gunung Jerai. Pagi ni rasa nyaman je, hari ni ramai yang nak ikut ronda-ronda tengok sunrise. Matahari terbit dicelahan Gunung Jerai Perjalanan menuju ke sawah padi Pemandangan Gunung jerai Suasana pagi kat sini Lepas tengok sunrise perut pun sudah lapar, pagi ni breakfast nasi putih dengan lauk sambal ayam dan sambal sotong. Makan nasi panas-panas pagi-pagi ni memang bertambah selera, lepas breakfast tu kami plan nak ke pasar pagi tujuan nya nak beli Susu kerbau! Kami pergi pasar pagi di Pekan Yan, kebetulan kat sini memang ada jual susu lembu, susu kambing & susu kerbau FRESH!! gembira betul dapat jumpa susu kerbau. Selain susu kerbau kami juga cari makanan yang RARE,aku beli apam lenggang & sate ikan yang lain beli donut labu. Pasar pagi Ikan Sembilang Sayur kampung! anak ...