Percutian Budget ke Kedah - Day 2

Day 2 (24.01.2015, Ahad)

Lepas solat subuh aku tidur semula, tapi si Ekin pepagi dah bangun meround keliling Kg. Then baru teringat nak tengok sunrise. Aku pun bangun cuci muka & gosok gigi call Ekin tanya dia kat mana, dia cakap dia dekat bilik bacaan kemudian aku ajak dia pergi tepi laut untuk tengok suasana pagi, kebetulan Yan pun ada so kami bertiga meronda la kat tepi pantai.


Suasana pagi di Pantai Murni
Aman, Damai & tenteram
Suasana tepi pantai tenang je, keadaan laut masih lagi surut burung-burung pun banyak berterbangan ke sana kemari, Ya Allah memang seronok & tenang je rasa jauh dari kesibukan kota serta sunyi je. Lepas duduk di tepi pantai kami pun pulang ke rumah untuk breakfast, breakfast pun mereka dah sediakan tinggal makan je. Pagi ni makan nasi kuning nasi favourite aku kalau ke utara, lauk sambal sotong, ayam goreng, sambal ikan bilis, telur mata & kuih muih sikit.


Breakfast pagi
Lepas breakfast kami mandi kolam, swimming pool dia besar!! pastu keadaan tenang je, puas la kami mandi manda kat kolam tu. Sampai ke tengah hari juga kami mandi, pas mandi tu kami plan nak ke Alor Setar.


kami je yang mandi

Tu dia model
Dalam pukul 11 lebih tu kami gerak dari Yan, masa on the way nak ke Alor Setar terjumpa pasar pagi so kami singgah sebentar kat situ sebab nak cari dadih susu kerbau kat pasar tu tapi takde. Kami teruskan perjalanan ke Alor Setar, tempat pertama yang kami tuju adalah cari makan!!! kami plan nak makan bawal goreng panas. Masa tengah mencari jalan nak ke restoran bawal goreng panas terjumpa orang jual pulut panggang, kami singgah sekejap beli pulut panggang, sambil tu kami tanya makcik tu di mana kedai bawal goreng panas tu cari punya cari akhirnya terjumpa, kat kedai ni memang dia akan goreng ikan panas-panas. Makan kat sini memang sedap laaa, ikan pari bakar pun ada.


Jumpa sawah padi sedang menguning!! yeayyy!
Sawah terbantang luas
Pasar pagi

Pulut panggang

Lunch keli goreng
Bawal goreng panas & pari bakar
nama kedainya
Lepas perut kami kenyang, kami ke destinasi seterusnya iaitu Rumah Mahathir yang terletak di jalan Kilang Ais Alor Setar. Kat sini ada rumah Mahathir lepas tu adalah dia ceritakan kisah hidup Mahathir, kami sempat masuk satu Audotorium je sebab cuaca panas sangat, tak tahan rasa. Masuk rumah Mahathir ni PERCUMA jee.


Depan rumah Mahathir
Dalam salah satu bilik rumah Mahathir
Lepas ke Rumah Mahathir kami teruskan perjalanan ke Pekan Rabu Alor Setar, buat pengetahuan korang Pekan Rabu Alor Setar dah takde sekarang dorang dah pindah ke Ukir Mall. Kat sini macam-macam ada jual, pakaian, makanan dan lain-lain la. Yang bestnya kuih penaram, bahulu & dodol di jual panas-panas!! ya ampun sedap nya. Kat sini aku beli pulut & sedikit kuih muih.


Pekan Rabu
Dah settle shopping kami teruskan perjalanan dan misi mencari dadih susu kerbau atau dadih Alor setar, masa on the way nak mencari dadih tu terjumpa dataran Alor Setar, so kami singgah kejap untuk bergambar. Yang menariknya kat sini terdapat tulisan Alor Setar serta tempat ni sangat strategik untuk bergambar kerana dari sini kita akan nampak Masjid yang old skool kemudian terdapat istana serta boleh nampak menara Alor Star dari sini. Lepas bergambar kami mencari dadih di Iman Char kueh teow, pas jumpa tempat nya kami beli satu botol dulu brand Dadih legend & 1 tube dadih biasa, & ternyata memang sedapppp!! lain dari dadih yang biasa. Tapi kami cari brand Dadih Hirup Alor Staq kebetulan brand tu lom sampai so kami cari kat tempat lain plak. Kami pergi ke Giant Alor Setar untuk cari dadih hirup plak sambil tu beli la jajan-jajan untuk makan nanti malam sambil tengok AJL. Akhir nya kami pun jumpa dadih yang dicari-cari, rasa dadih hirup ni lagi marvelous dari dadih legend! tak sia-sia mencari keliling Alor Setar.


Alor Setar yooo!
Masjid Alor Setar yang old skool
Menara Alor Setar
Istana kott!
Dadih Lejen
Dadih Hirup Aloq Staq
Hari pun dah petang, kami pun beransur pulang ke Resort sebab nak kejarkan sunset kat Pantai. Sampai kat resort kami mandi-mandi & solat kemudian keluar untuk tengok sunset. Sambil tengok sunset tu kami pergi makan mee sup dekat area depan rumah orang berdekatan dengan Pantai Murni, sementara tunggu mee sup sampai aku rekod sunset. Subhannallah memang cantik sangat sunset kat sini.


Sunset di Pantai Murni
Sungguh indah ciptaan tuhan
Lepak santai petang
Kueh teow sup yang sangat sedap & murah,  mee sup RM2.50 semangkuk!
Lepas Makan petang tu kami pun pulang semula ke resort, rehat sekejap kat dalam bilik kemudian berkumpul di bilik bacaan untuk tengok AJL, kami tak keluar pun untuk makan malam sebab dah beli jajan untuk makan masa tengok AJL. Aku plak tak sampai berapa minit dah tertidur! tau tau je AJL dah abis. hihihihih! pas tengok AJL ingat nak pegi makan tapi dah lewat malam sangat so berlapar la sampai ke pagi.


Makan malam sambil tengok AJL
Kira-kira

Pulut Panggang 10 batang = RM10/6 = RM2.00
kuih siput = RM5.00
Lunch = RM45/6 = RM7.50
Dadih lejen = RM3.50
Dadih Hirup Aloq Staq 3 botol = RM16.50/5 = RM3.30
Makan petang = RM15.00 - yan belanja
Shopping di Pekan Rabu = RM60.00
Keychain Pekan Rabu = RM10.00

Total = RM91.30

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?