Percutian ke Koh Samui - Part 4

Day 4 Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk check out, dalam pukul 8am macam tu van kami sudah sampai di hotel. Korang ingat tak sampul surat yang berisi segala tiket balik? haaaa... simpan baik-baik ye nanti nak guna semula. nak checkout sudah tengah tunggu van Perjalanan nak balik ke KL seharian juga tau fuhhhhh! mula-mula kami naik van, kemudian van akan turun kan kami di stesen bas, bas ni akan hantar kita ke jeti & korang kena ingat tau bas yang kita naik tu sebab lepas naik feri & setibanya dia tanah besar korang kena naik semula bas yang sama untuk ke airport surat thani. ni tiket feri ye kalau takut terlupa bas mana satu, sila ambil gambar bas dalam bas, muka pun dah hitam! Perjalanan naik feri dari Koh samui ke Surat Thani lebih kurang 1 jam ke 1 1/2 jam kemudian dari jeti nak ke aiport lebih kurang 1 jam. Sampai di aiport kami sempat lepak minum di cafe kemudian terus check in. Perlu di ingatkan hanya 1 flight sahaja untuk ke KL so korang ja...