Percutian ke Koh Samui - Part 2

Day 2

Sepatutnya pagi ni kami buat island hoping tapi disebabkan yani sakit kepala maka kami postpone island hoping pada ke-esok kan hari.

Kami plan aktiviti lain hari ni, kami sewa motor 1 hari untuk jalan-jalan di keliling pulau, aku tak pandai bawa motor so yang bawa motor adalah Yani, huhuhuh! sian dah la sakit kepala kena plak bawa aku kan?? tapi dia apa ada hal bab jalan-jalan terus baik sakit.

Macam biasa di sebabkan dh terperap lama entry ni maka aku lupa exact time kami keluar & nama-nama tempat yang kami kunjungi maka korang layan je la gambar-gambar yang aku letak ni.. ahahahah!



my lovely rider
valentine stone
lamai view point

valentine stone
hinta hinyai/ grandmother & grandfather rock


ais krim kelapa yang sedap
ais krim kelapa di hinta hinyai
butterfly hill masa on the way cari lunch
lunch di Kg Melayu, kat sini diaorang ckp melayu kalau nak ke sini search masjid Nurul Ihsan
sebelum balik untuk solat singgah central festival dulu

Kami di Big Budha just nak tgk sunset view je dari sini


Pasar malam di fisherman village, kat central festival pun ada pasar malam tau





makan malam kami, tapi tunggu dia punya servis lama gila

Masa kami isi minyak kami isi minyak penuh, memang silap kami la isi minyak penuh padahal kami just nak jalan dekat dekat je, maka malam tu kami jelajah satu pulau.. untuk habiskan minyak tapi malangnya penjelajahan kami sepulau tak abis pun minyak! ahahahah! just turun 2 takuk minyak je. Esok kami dah nak ke pulau, so memang takde masa la nak ronda town naik motor, makanya redho je la.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?