Berurut untuk hamil?


Mesti korang rase confius ape kena mengena pinggan kat atas ni dengan mengurut... Sebenarnya hari Sabtu hari tuh aku balik kampung hubby aku kat Jengka then aku memang terpikir la nak berurut ni, kebetulan mak mentua aku baru pas mengurut, dia cakap akak ni mengurut bagus... mengurut lembut jerk... TRY la mane tau boleh lekat, ni usaha kita jerk... begitula katanya.

So petang tu mak mentua aku pun call kan la akak yang mengurut, mulenya mau mengurut hari Ahad tapi akak tuh sibuk nak ke kenduri, dia ckp malam ni gak dia datang... Excited gak aku menunggu akak ni nak dtg mengurut, yer la.... aku dah lama gile tak mengurut nak-nak memang aku tengah sakit badan & kaki. Persiapan untuk mengurut aku dah siap kan, mengurut pakai minyak masak jerk ☺☺. Sambil-sambil mengurut dia cerita pengalaman mengurut dia tuh, pastuh sambil-sambil tuh dia mengomen plak pasal badan aku ni hah! huhuhuhuh.... dia kate kulit aku ni tebal, badan byk lemak, banyak air that's why sperma susah nak lalu lemak banyak.. ahahahaha! pastuh bile dia mengurut-mengurut keluar sekor-sekor binatang dari badan aku, bentuk binatang tuh macam kutu yang kat beras tuh. Dia cakap binatang ni la yang makan telur-telur kita, tuh yang telur jadi rosak (ni akak urut tuh yang cakap ekh) pastuh keluar plak rambut pendek-pendek macam kene gunting, dia pun tak tau mane dtg rambut tuh. Pastuh badan aku kuar mcm pasir halus atau macam kaca. Aku pun macam pelik ngan akak ni macam mana dia boleh keluar kan benda-benda tuh dari badan aku. eheheheh! mesteri sungguh.

Ni la benda-benda yang keluar dari badan aku.
Habis satu badan dia urut (muka pun dia urut tau!) memang berbaloi panggil akak ni. Dia cakap seelok-eloknya aku kene mengurut 3 hari berturut-turut baru rase berkesan, selain tuh dia suruh aku jumpe ngan doktor tanya pasal masalah kesuburan ni ☺... Dia mengurut memang sangat lembut, tak sakit pun, tak macam 1st time aku mengurut tuh... sakit perut sampat seminggu.

p/s: Lepas raya ni aku nak amik cuti lama skit & nak sambung mengurut....

Ulasan

  1. kat jengka yaaa......nak cuba jugak ni...dah dekat ngan kg su

    BalasPadam
  2. try la... kalau su nak nnt CINTA mintak kan no contact dr mak mentua CINTA

    BalasPadam
  3. jengka berapa sebab kita pun asal jengka gak...

    BalasPadam
  4. kat bandar jengka la Salmi.. salmi jengka berapa??

    BalasPadam
  5. pelikkan...dari mana datangnye binatang yang kecik2 tu...

    BalasPadam
  6. ntah.. dia ckp binatang ni mmg duduk dlm badan kita & binatang ni hasil dari pemakanan kita yang tak sehat

    BalasPadam
  7. hah tatutnya...mana dtg benda tu semua

    BalasPadam
  8. dari dalam badan pn eka.. urut2 keluar sume benda ni.. ngeee!

    BalasPadam
  9. sy cdgkan awk usaha cara lain sket..pergi Darusyifa ke..bimbang ader gangguan luar jer

    BalasPadam
  10. alamak.. iye ke takutnya.. mmg nak pegi Darusyifa tuh.

    BalasPadam
  11. pastu berkesan tak??? mengandung tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya saya kene berurut 3 hari berturut-turut tapi disebabkan kami nak blk semula ke KL saya hanya berurut sekali sahaja.

      Sampai sekarang kami masih berusaha

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?