Hari jumaat ritu, hubby aku call, tetiba tanya aku leh EL ke tak? aku tanya la nape dia cakap abah jatuh kat ladang. Terus berderau darah takleh nak buat keje. Risau betul, *aku ni orangnya memang cepat panic & risau. Aku terus mintak EL, settlekan keje skit & terus gi umah kakak ipar aku kat Wangsa Maju. Hubby aku takleh nak amik cuti sebab dia baru sangat tukar kerja so memang tak boleh nak amik cuti sesuka hati, tu yang dia mintak tolong aku balik kampung bawak ipar-ipar aku sekali. Kakak ipar aku yang dalam pantang pun aku hangkut jugak balik ke kampung. Biras-biras aku semua ade kursus so aku la yang kene drive dari KL-JENGKA. Sementara nak tunggu anak sedara aku balik sekolah aku pegi carefour jap beli barang-barang dalaman & berus gigi. Lepas settle sume terus balik ke Jengka, Alhamdulillah sampai kat sana dalam pukul 5 lebih macam tu, sedih bila tengok tangan abah sebab memang nampak tangan dia terkehel. Mula-mula dia nak urut je, tapi sebab takut ade bahagian ...