Budget trip ke USS (Universal Studio singapore) - Part 01

Dah lama pendam hasrat nak pergi USS, Singapore.. dalam-dalam pendam hasrat tak sangka tercapai akhirnya. Tak sangka kawan TTC aku pun nak pergi juga maka aku ngan ZANA pun rancang untuk pergi bersama, jangan terkejut kami plan memang lama! dari awal bulan April kot, start dari tu aku dan Zana hari-hari survey harga murah! hikhikhik!

kita gi ngan dak kecik ni!!
Step pertama, mula-mula kami bincang tarikh nak pergi, bila dah confirm aku booking hotel untuk kami. Masa tu Tune Hotel tengah buat promotion RM56.00 semalam, huhh! dah kira murah la tu! maka laju-laju aku booking bila dah campur tax segala jadi la RM156.56 (termasuk tax, aircond & toileteries) untuk 3H 2M *jangan tak tau aircond  kat Tune pun kene byr hokeehhh!!! *____*. Tiket untuk bas ke USS pun kami beli sekali, sebab malas nak pikir pasal tu semua, harga tiket bas RM25.00 bagi sesiapa yang menginap di Tune hotel.

Step kedua, kami pikir pasal transport nak ke JB mula-mula kami ingat nak kongsi kereta dari KL-JB-KL, tapi kami macam nak rasa lain dari yang lain, makanya survey tiket flight! survey punya survey harga tiket flight plak murah time tu, budget lebih kurang je macam kami naik kereta makanya booking pula tiket Air Asia, RM58.00/seorang sahaja untuk pergi dan balik. JIMAT & tak letih nak drive nanti, cuma perlu pikirkan cara nak jalan-jalan di bandar JB.

Step ketiga, aku dan hubby buat passport untuk 2 tahun.. buat passport sekarang ni tak perlu nak tunggu lama-lama dalam masa 24 jam pun dah boleh siap. Yang lagi best Pejabat Imigresen buka Sabtu & Ahad tak perlu ambil cuti!! I Loikeee!

Step keempat, beli tiket USS kat Living Social.. aku rasa tiket dia memang murah kot RM168.00/seorang termasuk FREE Lunch, FREE Snack dan dapat Voucher untuk beli souvenior sebanyak SGD5.00 (dapat la seketui FM nanti kan?) kalau drive sendiri ke USS dapat FREE parking untuk deal ni. *jimat dah duit makan ☺. Sebelum ni EIDA pun pergi USS dia dapat harga lagi murah sebab time tu tengah promo, tapi tarikh kami pergi tu, promo dia dah habis!!! *so sad! selain boleh beli deal kat Living Social, korang boleh dapat kan deal yang sama dan harga yang sama di website SOTA TRAVEL.

ahahah! gambar gemok gile!
Nanti aku cerita lagi tentang USS..

Kira-kira sebelum pergi untuk 2 orang

Tiket flight KL-JB-KL: RM116.00 (termasuk tax)
Hotel di Tune Hotel Danga Bay 3H 2M: RM156.56 (termasuk tax, aircond & toileteries)
Tiket Bas JB-USS-JB : RM50.00
Passport 2 tahun : RM200.00
Tiket USS : RM336.00 (termasuk lunch, snack & SGD5 untuk souvenior)

Total sebelum pergi : RM858.56

Tips: Untuk penjimatan atau tak nak rasa terbeban korang boleh booking/ buat secara berperingkat-peringkat macam aku buat ☺.

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue, yeayyyy honeymoon trip dengan zana & adi ye. best best. bagus kak, selagi boleh jimat, kita jimat. yeayyyyy. rindu USS pulak >___<

    BalasPadam
  2. zue...best kan USS? duit pun kopak jugak sbb beli byk souvenirs..

    BalasPadam
  3. apaal laju giler ko buat entry ni woi???? semput aku nak kejar!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahha! aku malas nak perap lama.. ni pun aku buat 3 je entri malas nak berjela :p.. nnt aku email gambar

      Padam
  4. salam akak, saya ada jual tiket USS murah. untuk mereka yang ingin berjimat dan mempunyai budget rendah amatlah sesuai. boleh dapat rm155 untuk dewasa. boleh contact saya di website universal studio singapore ticket promotion

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?