Cerita orang-orang yang tidak pernah putus asa semasa TTC
Saja nak share cerita & pengalaman orang-orang yang pernah berTTC selama bertahun-tahun, berkat kesabaran & kecekalan serta usaha tanpa henti mereka berjaya mendapatkan zuriat mereka sendiri. Dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia". Cerita Pertama Hamba Allah ni adalah kawan sekerja kakak ipar aku, dia dah berkahwin lebih 10 tahun.. macam-macam usaha dia dah buat. Masalah berpunca daripada suaminya, sebab kekurangan sperma yang berkualiti & sihat. Apa je yang dia tak pernah cuba? dari berurut, operate rahim (sebab rahim terbalik) dan IUI semua gagal. Tiba masa dia buat IVF alhamdulillah dia berjaya tapi hanya 2 bulan sahaja kemudian dia terpaksa melalui pembedahan sbb rahim nya pecah (apa puncanya aku tak pasti) dia pun koma selama beberapa minggu oleh kerana rahimnya pecah, sampaikan si suami ingat hamba Allah ni memang...