Selasa, 12 Ogos 2014

Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Sembilan di Hospital Kajang

Kronologi Treatment

  * tolong abai kan warna link yang berlainan.. malas nak adjust!



Lama dah tak bersiaran, memang sangat-sangat malas nk update kecuali untuk catatkan segala perjalanan TTC aku & kisah-kisah holiday aku serta sedikit luahan rasa yang kekadang terbuku di hati, pengalaman yang lain biarlah simpan erat-erat di dalam hati huhuhuhu!

Semalam appointment aku dekat Hospital, macam biasa pagi aku pergi dulu opis siap organize port luck raya lagi huhuhuh! kemudian bergegas ke hospital. Macam biasa pembayaran RM5.00, kemudian tunggu giliran untuk di panggil. Dalam 20 min menunggu nama pun di panggil, Alhamdulillah Dr. Ridzuan ada hari ni lega sikit hati.

Soalan pertama yang keluar dari mulut Dr Ridzuan ialah "macam mana berat? dah ada penurunan?" huhuhu! Alhamdulillah sejak aku amalkan diet atkin berat aku turun dari 75kg ke 70kg, Dr ckp "keep it up!" Macam biasa Dr track semula rekod-rekod aku yang lepas kemudian dia tgk result FSA husband aku, dia mcm pelik sebab kuantiti sedikit sangat berbanding rekod lama. Kemudian dia suggest aku pergi buat FSA test kat BP Lab, sebab dia takut ada silap pengiraan yang telah dibuat oleh pihak hospital.

Sebelum ni aku ada datang untuk ambil darah husband & darah aku, Alhamdulillah result dah ok, menurut doktor hormon prolaktin aku pada tahap normal dah sekarang, syukur sangat. Dr tanya, period macam mana? period aku 2-3 bulan ni memang datang je, tak pernah miss.. kemudian dia tanya pernah buat HSG tak, aku cakap tak pernah.. kemudian dia cakap aku tak perlu buat HSG memandangkan aku ada PCOS tapi dia cadang kan aku buat laparoscopy. Dr akan tebuk perut untuk tengok tiub fallopia sama ada tersumbat atau tak then Dr akan tebuk ovari untuk keluar kan pcos atau folikel- folikel (ni apa yang aku paham la, dari segi perubatan tak sure la macam mana).

Dr. tanya aku setuju atau tak kalau buat laparoscopy? kalau setuju dia booking kan date untuk buat minor operation tu. Memandangkan aku nak semua ni di percepat maka aku setuju je la, umur pun dah 30an kan, apa lagi nak tunggu? Dr. pun booking kan date untuk aku pada bulan 10 nanti insha allah lepas raya Haji.

Kemudian kami chit chat pasal treatment selepas laparoscopy, Dr. cakap jika tiada masalah dia akan terus kan untuk treatment IVF. Cerita pasal IVF aku dah pernah cerita di entri sebelum ni Dr. memang suggest buat di Kedah sebab % yang berjaya tinggi. Dr. cakap sementara nak tunggu giliran untuk IVF leh buat treatment IUI dulu, buat pengetahuan semua treatment IUI di hospital Kerajaan FREE tau! so sesiapa nak try buat IUI leh la follow up ngan hospital kerajaan.

Dr. nasihat kan aku supaya banyak kan bersabar, bertawakal & banyak kan doa serta sembahyang tahajut supaya segala usaha aku dipermudah kan Allah.

Nanti aku ada masa aku cerita pasal alternatif treatment yang aku lakukan ye... Serius lupa nak update dalam ni.. hikhikhik! next entri la k!

NFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

6 ulasan:

  1. Zue, memang better buat laps dan ovarian-drilling sebelum proceed apa-apa treatment, memudahkan proses nak conceive dan membantu kejayaan IUI dan IVF nanti. Time laps nanti, biasanya kalau doc jumpa sumbatan (blockage), dia akan clearkan dan bersihkan lekatan dinding rahim kalau ada.

    Bestnyer bila doc sendiri suruh Zue cuba IUI before tunggu giliran buat IVF! Yani ni kena postpone sebab nak tggu result kesan makan provera untuk Simple Endometrial Hyperplasia Without Atypia Yani ni. Lepas bulan 10 nanti baru boleh fikirkan apa rawatan seterusnya....hurm, bertabahlah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yani ade buat laps hari tu kan? nak kena baca balik entri yani.. untuk bagi semangat.

      Maybe sebab dr. tu kesian kat kitaorang sbb dah kawen lama, dia cakap dia tak nak saya menunggu lagi. sebab dah kawen 7 tahun.

      Padam
  2. Assalam. Saya baru sekali pergi temujanji hospital govt. Next appointment bln lepas dah terlepas sbb demam so 1 oct nanti bru pergi utk 2nd appointment. Setakat ni semua masih samar samar lagi.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi muis! nak buat treatment kat hospital govt ni kena betul betul tabah tau.. sebab procedure dia memang sangat lama, kalau tak sabar boleh fed up tau. Hope muis tabah k.. insha allah Allah SWT dah tunjuk jalan.

      Padam
  3. Smg Allah permudahkan utk zue... InshaAllah, laps is the best option. senang review semua organ dan sistem peranakan kita sekali jalan... heheheh.... good luck :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sweet tooth.. hope dipermudahkan

      Padam