Selasa, 16 Julai 2013

Rawatan Kesuburan: Kali Keempat di Hospital Kajang

Kornologi Treatment
Semalam aku 1/2 day sebab appointment aku last week di tunda ke hari semalam. Lama juga nak tunggu no. giliran hampir 1/2 jam juga, mungkin nurse nak cari rekod aku sebab tu lama menunggu. Nasib baik lepas ambil no. terus masuk bilik tunggu giliran berjumpa dengan doktor.

Macam biasa sebelum jumpa doktor timbang berat badan dan ukur tinggi, berat badan aku still maintain 77kg manakala tinggi 165cm. Lepas ambil rekod terus jumpa doktor.

1st thing yang doktor tanya adalah, berat badan! dia tanya ada apa-apa perubahan?? aku jawab "still maintain doktor" aku berjanji ngan doktor next appointment berat badan aku akan turun ☺. 

Doktor terangkan kepada aku tentang result FSH aku sebelum ni, mula-mula dia tanya aku nya payudara ada keluar susu tak? pastu mata ada kabur? aku cakap takde, sebab doktor cakap hormon prolaktin aku tinggi tu adalah tanda-tanda hormon tu tinggi. Bacaan normal bagi hormon prolaktin tu adalah 500++ tapi bacaan aku sehingga 900++, dalam hati ni cuak bukan main, terus tanya doktor peluang aku untuk hamil. Doktor cakap tak perlu risau, kalau aku jalani treatment yang hospital berikan insyallah 2-3 bulan lepas tu ada hasil.

Doktor cadangkan aku membuat scan MRI untuk melihat saraf yang mengeluarkan hormon prolaktin ni, nak tengok sama ada normal atau abnormal, kalau normal dia akan bagi treatment yang lain kalau abnormal dia akan bagi ubat hormon yang akan stabilkan hormon proklatin tu.

Selepas doktor terangkan pasal hormon prolaktin tu doktor terangkan procedure untuk membuat scan MRI, ubat diberi untuk dimakan sebelum jalani MRI, 12jam sebelum buat scan kene makan 8 biji dan 8 biji lagi dimakan 2 jam sebelum MRI di buat.

Period aku dah lama tak datang menjengah, so doktor buat UPT dan resultnya adalah -ve. kemudian doktor bagi provera untuk turun kan darah aku. Ubat dimakan 3 kali sehari, tapi doktor cakap kalau aku nak puasa penuh boleh makan time raya.

Macam biasa, kalau dah namanya hospital kerajaan! tiap kali datang tiap kali tu kena ambil darah so makanya redha sahaja lah! Lepas jumpa doktor terus pergi ambil darah. *nasib baik tak sakit!

Lepas settle semua, aku buat next appointment pada 26.08.2013 untuk scan MRI pihak hospital akan membuat temujanji dengan pihak radiologi dan mereka akan call aku semula untuk beritahu tarikh. 

Bila dah siap aku pergi farmasi untuk ambil ubat.

* Dapat belajar satu benda, masalah kesuburan bukan sahaja berkisar dibahagian perut/rahim (Cyst, PCOS, Fibroid)  tapi ada juga kaitan saraf-saraf di kepala. 

** Serius dalam hati aku ni takut gila nak buat MRI tu, takut scan untuk yang lain, jumpa penyakit lain. "Ya Allah permudahkan lah segala urusan aku untuk memiliki zuriat"

*** Nanti aku akan share apa itu hormon prolaktin

Ubat yang aku kena makan.
INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

14 ulasan:

  1. Baca entri terbaru Zue ni, Yani pun belajar benda baru....harap-harap keputusan MRI nanti dapat selesaikan masalah Zue....amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yani, terima kasih doakan saya.. harap keputusan MRI nanti normal, takde ketumbuhan apa-apa.. kalau ade ketumbuhan maybe akan kene buat pembedahan..

      scaryy!!

      Padam
  2. Zue...Yani kongsikan artikel pasal hormon ni ye?

    Prolaktin dan kesukaran hamil

    Prolaktin bukan sahaja membanyakkan pengeluaran susu, tapi ia juga memberi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid anda. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya dia menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama.

    Prolaktin menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan anda kitaran haid anda terganggu.

    Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah. Tahap yang normal ialah diantara 30-600mIU/l.

    sumber rujukan : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/93-prolaktin-berlebihan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq yani.. saya dah baca, tp kalau tinggi sangat disebabkan prolatinoma.. kena buat pembedahan

      Padam
    2. Zue/ yani, akak dulu mase umo 18 kepala terkena kayu dgn sgt kuat (pijak lantai kayu, kayu penyangga dia kat bwh reput, pijak ujung sni, kayu ujung sana naik -pung- kena kat kepala ni (dlm sesaat) kayu keras. berlubang atas kening (kena sebelah kanan dahi ke atas). lepas tu xtau la sbb mase tu kekampungan malu sgt mase jumpa HA yg check2/jahit atas kening tu, xbgtau pun kepala ni rase kebas. nak pakai tudung pun betulkan kena tgok cermin kalau tidak tak tahu pegang yg mane satu, xdpt rase, keadaan tu lama jugak dlm sebulan kut baru ilang kebas tu. (Gosh! ngeri bile igt) Mmg lepas2 tu kak baby jadi rabun, dapat pening kepala etc. Rasenye byk saraf yg efek. Kalau rase kepala skrg pun mcm terus je ke tengkorak tu (tak rase ada daging/isi sebelum tengkorak. sbb bila rase kepala org lain isi tu ada). Bila deep thinking tu kan mmg mengakui byk benda berlaku slps2 kejadian tu - fikiran xbleh nak fokus belajar (kurg cerdik. daya analitikal menjadi sgt lemah) cepat marah/merajuk (hal yg kecil wpun memaafkan tp sentiasa teringat), sgt alert dengan benda2 ngeri (sampai skrg mengelakkan tengok gambar2 ngeri sbb lps tu akan teringat sgt2 dan susah nak padamkan dari memori). agaknye byk pengeluaran hormon terjejas? dah bcadang nak tanya dokter..

      Padam
    3. Kak baby, jumpa la doktor.. mana tau leh membantu.. saya dulu pun tiang gol bola jaring pernah jatuh atas kepala, hampir pengsan gak.. adakah sebab tu hormon terganggu? wallahualam..

      Padam
    4. Tak pe Zue, better tahu apa masalah badan kita sekarang dan dapatkan rawatan yang berkesan, daripada tak tahu sampai bila2 dan keep on questioning apa masalah kita sendiri sebenarnya.

      Kak Baby, sokong Zue, better pergi cek kat doktor Kak Baby...please!

      Padam
    5. betul tu yani harap di permudahkan

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. Assalam zue.. Insyaallah semoga semuanya baik2 yer.. nanti share lagi yer perkembangan rawatan kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah carmello, saya memang akan letak kat sini setiap kali rawatan, supaya saya tak lupa & buat rujukan diri saya.

      Padam
  4. Semoga Allah permudahkan, dan semoga selamat zue. Amin...

    BalasPadam
  5. haaaa ada kaitan yee? baru tauuu.. hurm. tabah yee. mane tau dapat selesaikan masalah? heee~

    BalasPadam