Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali ke empat

Kronologi Treatment

1. Rawatan Kesuburan: Rawatan Alternatif (Berurut) ~ Kali pertama



Sepatutnya aku kena datang minggu raya tu kan, tapi disebab kan raya aku postpone. Pastu ingat nk start hari Jumaat lepas raya tu, tapi hubby aku balik lambat.. lagipun aku pun penat, train komuter buat hal plak! tu yang lambat.

Hari Ahad aku call Kak Yan cakap nk datang pagi tu, sebab dah alang-alang nak keluar kan singgah jap untuk berurut. Urut macam biasa tapi kali ni bahagian perut dia tak urut sangat, sebab takut menganggu proses pensenyawaan. Kak Yan pesan teruskan rendam kaki 1 minit air sejuk 10 minit air panas, kemudian bagi tak menganggu proses tu tidak digalakkan untuk bersama sebab katanya baby masih kecik & fragile. Lagi satu minta la izin & redha suami untuk tidak bersama tu.

Lepas urut Kak Yan suruh jumpa Nek Mah, Nek Mah akan bagi doa untuk mengelakkan kan keguguran pula. Lepas Nek Mah dah bagi kami pun pulang, ada la guna pesanan sesikit dari Nek Mah ni, insha allah kami akan amal kan.

*Kami hanya berusaha & buat yang termampu, ALLAH SWT jua yang menjadi kan segalanya. 
(Wallahu a’lam)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?