Rawatan Kesuburan di HKL - Kali ketiga (HSG)
1st time nak buat HSG.. apa perasaan? sure nervous youuuuu! Bangun macam biasa, macam nak p opis. Kali ni aku datang dari Kajang, malas nk bermalam rumah SIL lagi pun aku memang tau aku akan dapat MC. Bila dah kuar umah pukul 7 pagi sure-sure la jalan jammed dang! stress mak! pastu hospital pun call gak tanya aku jadi tak datang.. aku cakap jadi tapi lewat skit sebab sangkut dalam jem. Tempat buat HSG tu kat Blok Utama Bahagian X-ray, berdekatan dengan unit kecemasan, senang gak la nak cari pastu tak jauh sangat dari bangunan parking. Sampai je terus g daftar kemudian dia cakap boleh pergi tunggu kat depan bilik No 3, aku dengan gagahnya menunggu. Tak lama tu nurse panggil nama aku, dia tanya 1st day period bila, last day period bila & ade bersama dengan suami tak selepas period? Kemudian dia cakap nak tunggu ni lama so dia suruh aku pergi makan dulu. Aku pun pergi la makan lepas 1 jam aku datang semula. Lepas 1 jam aku datang semula, tak lama tu dia panggil nama aku.. kemudi...