Rawatan Kesuburan di HKL - Kali ketiga (HSG)

1st time nak buat HSG.. apa perasaan? sure nervous youuuuu!

Bangun macam biasa, macam nak p opis. Kali ni aku datang dari Kajang, malas nk bermalam rumah SIL lagi pun aku memang tau aku akan dapat MC. Bila dah kuar umah pukul 7 pagi sure-sure la jalan jammed dang! stress mak! pastu hospital pun call gak tanya aku jadi tak datang.. aku cakap jadi tapi lewat skit sebab sangkut dalam jem.

Tempat buat HSG tu kat Blok Utama Bahagian X-ray, berdekatan dengan unit kecemasan, senang gak la nak cari pastu tak jauh sangat dari bangunan parking. Sampai je terus g daftar kemudian dia cakap boleh pergi tunggu kat depan bilik No 3, aku dengan gagahnya menunggu. Tak lama tu nurse panggil nama aku, dia tanya 1st day period bila, last day period bila & ade bersama dengan suami tak selepas period? Kemudian dia cakap nak tunggu ni lama so dia suruh aku pergi makan dulu. Aku pun pergi la makan lepas 1 jam aku datang semula.

Lepas 1 jam aku datang semula, tak lama tu dia panggil nama aku.. kemudian dia minta aku tanggal kan seluar & spende baju tak payah. Lepas dah tukar aku diminta masuk ke bilik x-ray, dalam bilik x-ray tu lagi sekali Dr tanya pasal period & bersama suami, tujuan dia tanya bersama suami tu sebab dikhuatiri mengandung kerana sinaran x-ray tu bahaya pada kandungan.

Kemudian doktor minta aku baring di atas katil, kemudian doktor pasang spekelum dan doktor masukan tiub, lepas dah masuk tiub tu dia inject kan liquid masa masuk liquid tu perghhhh! senak gila.. rasa macam sengugut! lepas dia dh masuk kan liquid tu aku di minta anjak kan badan naik keatas sedikit untuk x ray.. masa x ray leh pulak doktor TAK CAPTURE gambar x ray tuuuuu!!! kena la buat lagi, kali kedua tu liquid terkeluar balik kali ketiga pun sama.. aku pun pasrah jee laa kena godek dengan doktor. Doktor macam dah cuak gak sebab asyik terkeluar dia pun mcm fed up, siap minta maaf sebab kena masuk kan byk kali. At last boleh juga.. & dapat juga capture setelah 4 kali dok pasang tiub brrrrrr!!!.

Doktor cakap alhamdulillah tube nampak clear & tiada yang tersumbat, dia cakap tunggu pakar cerita macam mana. Lepas settle semua aku tengok tempat yg aku baring tu dah lencun dengan air + darah. kemudian terus ke toilet untuk pakai pad. Pastu aku tunggu kat luar sambil tunggu Mc dari doktor. Doktor tu ade juga tanya, aku datang ngan sapa, aku cakap aku datang sorang je.. dia cakap kemungkinan kalau ade tindak balas mungkin mata akan jadi kabur, so bahaya kalau drive sorang, tapi doktor cakap jarang berlaku. Lepas dapat MC aku terus balik menuju ke rumah SIL aku, lepak kat sana layan anak-anak sedara.

Lepas buat prosedur ni perut menjadi tak selesa selama 1 hari, rasa perut macam sengugut! memang rimas la.. rasa nak tidur je. So itu la pengalaman aku melalui prosedur HSG ni. So next treatment blood test D21 & sperm test!

Total treatment - FREE

Ulasan

  1. Pengalaman sy, ms cecair tu masuk je rasa sakit sangat sangat. Lps tu bila dh setel terus tak rasa sakit. Takde rasa mcm senggugut ke hapa cuma badan letih. Tu jelah. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya plak mmg sakit perut sepanjang hari tu.. tension gak.. pastu ade bleeding smp hr ke 3.. maybe sbb kena godek byk kali

      Padam
  2. Assalam zue,
    iols pernah kena dengan spekulum tu
    hat macam mulut itik tu kan3
    sakit sob3
    semoga usaha uols dipermudahkan AMIN

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?