Percutian ke Pattaya Thailand ~ Part 1

Kami baru balik dari Pattaya last week, tiap tahun mesti ade percutian bersama soulsister aku. Macam biasa tiket beli setahun yang lalu, lepas je balik dari phuket ade Free Seat so Yani dapat sambar tiket ke Pattaya.

Sebelum berangkat ke Pattaya masing-masing tukar duit THB, semua tahu kan mata wang RM jatuh teruk so kami tukar berperingkat. 1st time tukar dapat 11.97THB 2nd dapat 12.00THB 3rd dapat 11.87THB 4th dapat 12.05THB so pasrah je laaa..

Kami pergi selama 4 hari 3 malam, so plan nak duduk di Jomtien beach 2 malam dan di Pattaya beach semalam. Pastu kami plan bawa bekal untuk ke sana sebab takut sejarah di Phuket berulang susah nak cari makanan Halal yang dekat.

Beberapa minggu sebelum pergi aku & Yani pergi borong produk brahim di Bangi, harga boleh tahan murah kalau nak di bandingkan beli di pasar raya. Selain brahim, kami bawa lauk dendeng, beras, tuna, wrap, sambal ikan bilis dan serunding, sayur kami just beli di pasar malam Jomtien je.

Ok lets cerita perjalanan kami ke Pattaya

Day 1, 6.11.2016

Flight kami petang pukul 2.25pm, So sebelum 1pm mesti nak kena sampai di KLIA 2, Kali ni En Radhi hantar kita ke KLIA hubby just hantar ke rumah Yana.

Harus la bergambar dulu
Lepas check in beg kami singgah kejap ke Vincci sebab aku plan nak beli sunglass kebetulan Vincci ada buat sale minggu tu. Lepas membeli belah terus masuk untuk check in tapi sebelum depart kita solat dulu, after that terus masuk depature hall.

Geng topi besar ahahaha!
Kita duduk ngan mummy adam
Kami order briyani.. yumsss sangat
Perjalanan dari KL ke Pattaya lebih kurang satu jam lebih, sampai je di sana terus cari sim kad. Yana & Nana pula cari transport nak ke guesthouse kami di Jomtein beach. Rata-rata semua disana menawarkan harga 250THB untuk sehala tapi ade satu kaunter ni offer 200THB seorang untuk sehala maybe dia pun nak cepat gerak.

Sim kad
Kami dah sampai ke Pattaya
Dari Airport Pattaya ke Guesthouse kami mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami pilih untuk stay di guesthouse Richman Poorman di Jomtien beach selama 2 malam, selain harganya yang murah kedai makan Halal & night market sangat dekat dengan guest house ni, so tiada masalah untuk makanan halal.

Tempat penginapan kami selama 2 malam
Katil double 1
Katil single 2
toilet dia
Lepas check in kami terus keluar untuk mencari kereta sewa dan aktiviti untuk keesokkan hari. Esok kami plan untuk ke Nong Nooch, Mini Siam & silverlake. On the way nak mencari kedai jual aktiviti tu terjumpa kedai makan Halal, sebelah je dengan Guesthouse kami ni. Untuk pengetahuan korang Kebanyak kan kedai jual aktiviti ni tutup pukul 8.00malam, so byk dah kedai tutup time kita jalan tu. Jalan punya jalan terjumpa satu kedai yang masih buka, mulanya kami plan untuk sewa kereta tapi setelah dapat good deal dengan agent tu akhirnya kami setuju sewa kereta bersama driver. Lagipun masing-masing tak bawa lesen ahahaha!

Aku & mummy sabrina
Halal food di Jomtein beach
Neskopi Ice..gila mantop!
Teh ice... dap juga
Koko Panas.. terbaik!
Pad thai & nasi goreng.. sedap! tapi tau la makanan Thai ni perasa dia kuat hamat!
ni agent yang kami deal untuk kereta sewa
Balik dari mencari aktiviti tu kami singgah di Night market, Ya ampun... memang rambang mata dibuatnya, semua barang murah-murah jadi orang gila juga la 1st day tu.. ahahahah! setelah puas tawaf night market tu kami pulang semula ke guest house, mandi-mandi bersih kan diri terus tidur tapi tak boleh tidur pun sebab tempat baru kan nak sesuaikan diri tu susah, terpusing sana sini last last dapat tidur sekejap bangun pagi mata jadi mata panda masing-masing.

Murah tak?? udang selonggok ni baru 120-180THB
fm ni murah amat.. tapi kami dapat lagi murah 7pcs = 100THB
singlet 3pcs = 100THB
Sandal 159THB kalau minta tawar ni mau dia bagi murah lagi

Sempat bergambar di Night market

Kira-kira

Tiket ke Pattaya 4 orang - RM323.68
Add ons untuk AA 4 orang - RM220
Guesthouse Richman Poorman Jomtein Beach  4 orang - RM231
Pool money exchange - RM957.60 = 8,000THB
Kereta sewa bersama driver termasuk tol & parking = 1,600THB (8am - 5pm)
Sim Kad - 299THB 
Van ke Jomtein - 200THB x 4 = 800THB
Sayur - 20THB

Total = RM1,732.28 & THB1,119


Duit Sendiri

Makan - 40THB
Mineral water - 17THB
Singlet - 39THB
Seluar - 50THB

Total = THB146

*ada yang lost count ahahahah!

Ulasan

  1. Balasan
    1. murah kan? tapi kita beli selai je.. ahahaha! sbb x terpikir plak singlet byk2 nak pakai g mana

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?