Selasa, 5 April 2011

LAT Teater Muzikal @ Istana Budaya

Seumur hidup aku ni la 1st time aku aku pegi tengok teater.. isk! kalau la company tak bagi ticket Free takde la kot aku nak pegi tengok.. memula planning ngan hubby nak pegi tengok, pastuh bile tiba harinya hubby kene pegi outstation, so aku ajak la opismate aku (sian kat hubby aku).

Sebelum pegi Istana Budaya kitaorang makan dulu kasi kenyang perut, al-maklumla dalam panggung sari tak dibenarkan makan. Lepas makan kami pun terus ke Istana Budaya (sebelum tuh sempat sesat lagi woo!). Sampai kat sane takde parking plak, kene pakai jockey service nasib baik tak mahal sgt RM15 jerk. Masuk-masuk je panggung teros kene nyanyi negaraku, maybe standard rule @ Istana Budaya kot, sebelum show mula kene nyanyi lagu negaraku. Teater ni mengisahkan tentang kehidupan Dato LAT dari dia kecil sampai la dewasa, aku suke sangat budak yang jadik LAT mase kecik suara dia sedap & pandai berlakon, watak Omar Abullah & Douglas Lim sangat kelakar dengan adenya watak mereka ni, teater ni jadik menarik skit.. yang lain tu sebab dah selalu tengok dorang berlakon, so lakonan dorang biase-biase je.. Teater ni start dari pukul 3.00ptg & abis 5.30ptg. Aku tengok set untuk teater ni pun gempak gak, mesti kos dia mahal gile! Pelakon-pelakon dia yang aku kenal ialah Awie sebagai Dato LAT, Atilia sebagai Faezah (isteri kepada LAT), Jalil Hamid (Bapak LAT), Omar Abdullah (Boss LAT @ NSTP), Douglas Lim sebagai Franky (Kawan baik LAT) yang lain-lain tak kenal la...

Para pelakon

Tiket FREE dari company

Start teater


P/S: aku bagi rating 4/5.. thats means ok laa.. ::GOOD::

1 ulasan: