Isnin, 25 April 2011

Nasi Arab

Yummy! pepagi lagi dah cite pasal makan.. hari sabtu lepas aku bersama Family In Law makan nasi arab di Setiawangsa. Nama kedai tuh Saba Restaurant, Aku tau mesti ramai yang tau pasal kedai ni sebab kedai ni pernah masuk dalam rancangan "Jalan-jalan Cari Makan"

Posing sebelum makan!
Nasi Arab dia memang sedap sangat uollss.. berbaloi sgt mkn kat situ.. harga pun murah.. portion dia pun besar sepinggan tuh boleh makan 3-4.

Lamb Kabsah
Lamb Kabsah ni memang marvelous! daging dia lembut sangat bagi peminat kambing macam aku nasi arab ni adalah yang terbaek! Harga untuk lamb kabsah ni cume lebih kurang RM20.00 untuk sepinggan (3-4 orang makan)

Roasted Chicken
Roasted chicken ni pun boleh tahan sedap.. perut dah kenyang sangat kalau tak sure aku boleh abiskan ayam ni.. Roasted chicken ni harga dia lebih kurang RM17.00 sepinggan (3-4 orang makan).. murah kan?? uollss. Kitaorg ni siap bungkus.. sebab ade lagi sepinggan yang kitaorang tak usik, ni gara-gara terorder/terbudget lebih.

Decoration kedai ni pun cantik gak! ala-ala Arabian gitu.. sume OK cume dia punyer service charge je agak mahal skit.. service charge dia je dah RM9.90 (tak kesah la kan asal sedap). Kalau korang nak makan kat sini aku memang recommend sgt! sedap & berbaloi.. TRY la!

P/S: Kat Cyberjaya ade gak.. dari ke sehari ke sehari mau pegi.. akhirrnya pegi gak ngan Family In Law aku.. ditambah plak makan FREE laju je la!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan