Langkawi ~Part 01~

Perjalanan ke Langkawi memang memenat kan.. huarghhh mau nanges rase!

Khamis 28/4/2011...

Balik keje teros pegi ke Celcom untuk bayar bil HP aku (sebab dah kene potong) huhuhu! pastuh teros pegi cuci kereta.. iyer la nak pegi bercooti kan kete mesti mau kilat!

Sampai umah je dah pukul 9.00pm, aku still tunggu hubby aku yang tetiba kene pegi Ipoh anto boss dia (tension jap!).. sambil tunggu hubby aku balik, aku berkemas baju sambil layan cite ekpress dania.. dalam pukul 11.00pm macam tuh hubby aku sampai umah.. 11.30pm aku pun pergi ke umah SIL aku.. sampai kat sane anak² sedara aku sume dah tertido tunggukan aku & hubby, sian plak tgk dorang..

Kitaorang bergerak dari umah SIL dalam pukul 12.57pm, drive malam ni memang tenang.. tapi tersangat la ngantuk.. hubby aku steady jerk.. dah la baru balik dari Ipoh pastuh ke kene drive ke Utara balik.. sian dia..Kitaorang benti singgah di R&R Ipoh & meneruskan perjalanan semula, sampai kat Bukit Gantang benti rehat sekali lagi.. kali ni turn aku pulak yang drive BIL aku tido berkeroh kat belakang.. sampai kat Gurun kitaorang benti sembahyang Subuh & meneruskan semula perjalanan ke Kuala Perlis.. Korang tau sepanjang perjalanan hujannn je.. On & Off, syukur sangat kitaorang leh lagi survive.

Nampak tak jam menunjukan pkl 12.57am & hubby masih steady!
Ujan yang sentiasa mengiringi perjalanan kami :)
Jumaat 29/4/2011

1st kami sesat masuk ke Alor Star (selatan) tp nasib baik nampak sign board ke Kuala Perlis kalau x, tak sampai la kami semua ke langkawi. Sampai kat area pekan Alor Star singgah breakfast, ape yang seronok kat sini nasi lemak dia dibungkus padat-padat (jakun erk). Lepas breakfast kitaorang sambung balik perjalanan ke Kuala Perlis.

Ni la nasi lemak dia.. comel kan?
Dalam pukul 9.00am kami pun selamat tiba di Kuala Perlis. Bila sampai di Kuala Perlis terus terjumpa orang-orang yang jaga parking nasib baik banyak lagi parking. Sampai je kat Jeti Kuala Perlis kami pun turunkan semua beg-beg, sementara tunggu Hubby & BIL gi parking kete aku & SIL gi beli tiket feri ke Kuah. Setelah puas beratur kami pun beli tiket untuk 6 dewasa 3 kanak-kanak. bagi kanak-kanak 2 tahun kebawah tambang adalah FREE. Feri kami tiba pada pukul 10.00am, kami menaiki LADA TIGA. Nampak selesa sebab feri baru kot.. setakat ni je kot perjalanan hari pertama kitaorang.. nnt sambung next entry.

Ramai betul orang kat Jeti Kuala Perlis ni!
Kesilapan technical! Feri Lada 3 sepatutnya pkl 10.00am
P/S: Tips/budget ke Langkawi akan di berikan pada next entri tungguuuuu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?