Rabu, 4 Mei 2011

Langkawi ~Part 02~

Ok sambungan cite aku bercoooti di Langkawi

Jumaat 29/4/2011

Tengah-tengah tunggu feri, hubby & BIL aku sibuk mencari kete sewa... dapatla satu kete yang BIL aku cari. Kat Jeti Kuala Perlis ni punye la ramai orang.. mungkin sbb cuti panjang kot tuh yang orang berpusu-pusu pergi bercooti. Dalam pukul 10.15am feri kitaorang pun sampai, so beratur la kitaorang sepanjang-panjang tidak :).

Kitaorang dapat tempat duduk kat bahagian atas, feri ni memang besar tapiiiii.. yang tak sedapnya crew-crew kapal ni leh plak pasang VCD lagu yang bukan² korang nak tau lagu ape?? lagu kelantan versi SEXY nak mampoz punyeee.. aduh! malu aku.. MIL & FIL aku dah resah gelisah... video tuh dah mcm video lucah dah segan weeei budak-budak tengok. Bila feri dah jalan baru la video tuh dorang tutup & digantikan dengan video pengenalan dari jabatan laut.. Legaaa skit hati ni. Perjalanan feri dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah mengambil masa lebih kurang 45 min.. xde la lama sangat.. aku tgk budak2 pun excited & seronok.

yang ni salah satu video yang sexy tuh
Ana yang excited naik feri
Jejak je kaki kat Jeti Kuah anak-anak sedara aku paling excited, nampak coklat + mainan, lagi la buat dorang excited. Aku plak yang geram tengok perangai dorang tapi saba je laa.. BIL aku teros call orang kete sewa, tunggu punye tunggu kete pun sampai kitaorg dapat kete Perdana V6. Tapii.. kitaorang sewa satu kereta jerk.. korang bayangkan la tak kan la nak berulang alik dari Jeti Kuah ke Cenang semata-mata nak amik kitaorang jauuuhh tuuu, soooo... (jgn gelak K!) BIL amik keputusan sumbat sume dalam satu kereta ahhahahah! korang bayangkan ni la akibat nak berjimat! ade 6 orang dewasa 5 orang kanak-kanak... bahaya btol! korang jgn tiru aksi ni k! susunan nyer adelah seperti berikut.. Hubby (drive), FIL (pangku 2 budak kecik), SIL (pangku 1st anak sedara), BIL (pangku 2nd ank sedara), aku (pangku MIL) & 3rd anak sedara duduk kat tengah-tengah arm rest sooo MUAAATT! huhuhuhu...

Misi mencari tempat penginapan bermula.. cari Cenang Rest House tak jumpe (dah la call tak angkat! hampeh).. hubby aku dah mula la nak marah tapi berkat kesabaran, aku srh dia gi tanya kat taxi driver akhirnya jumpa gak. So check in la kitaorang.

Lupe nak amik gamba chalet yang ade gamba diding :)
Penat memang penat la sebab kene pangku MIL walaupun MIL aku kecik je tapi dengan perjalanan yang jauh memang meletihkan. Sampai kat chalet tuh anak-anak sedara aku excited sbb nampak swimming pool. Aku plak excited nampak tilam apalagi BUMM! teros restkan diri. Petang tuh BIL ajak gi makan laksa airport, huii seyes! aku memang x larat & nak berhimpit-himpit dlm kereta lagi huh! dok umah lagi bagus kot. Petang tuh BIL pergi ke padang matsirat & Ulu Melaka.. tapi aku dok melepak kat umah jer cuma petang tuh ke Pantai Cenang jap ambil angin laut.

Jalan-jalan petang hari di Pantai Cenang
Malam tuh aku x kemana-mana pun sebab x larat & x sanggup nak berhimpit. Oleh sebab takmo berhimpit aku pun booking 1 lagi kancil untuk kitaorang berjalanan untuk 2nd day kat sane. Ok sambung next entri ya!

P/S: Kenangan berhimpit dlm kereta tuh memang FUNNY! aku dulu slalu gak buat time belajar.. korang pernah tak??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan