Khamis, 5 Mei 2011

Langkawi ~Part 03~

Last cerita mase aku kat Langkawi

SABTU, 30/4/2011

Aku excited bangun pagi & nak pergi ke Gunung Mat Cincang untuk naik cable car. Sebelum gerak ke sana FIL aku gi beli sarapan, nasi lemak bungkus + telo goreng selain nasi lemak ade gak FIL aku beli bihun goreng, kuih karipap, sosej & pan cake.

Lepas dah mandi aku terus ke kedai dobi belakang chalet untuk aku amik kete. Sampai kat kedai dobi tuh kete x sampai lagi, dekat 15 min aku tunggu rupenya kete yang aku nak sewa tuh excident langgar pokok katenyer.. waduh²! so tuan kete sewa pun bagi aku sebijik X-trail untuk kitaorg berjalan-jalan sampai petang.

Tempat tujuan pertama kami adalah ke Gunung Mat Cincang untuk naik cable car. Sampai je kat sane perasaan amatla keciwa sebab harga tiket cable car dah mahal. So x jadi la kita orang nak naik cable car, kitaorang pun just pusing-pusing kat Oriental Village tuh. Kat oriental village ni byk gak aktiviti, salah satunye flying fox untuk kanak-kanak so... anak sedara aku pun try la lepas tuh ke tempat amik gamba dlm piring untuk kenangan. Kalau yang berani leh amik gamba dengan ulaq.

Faris up..up..and away!
Mak aih! geli aku ngan ulaq ni!
Lepas pusing-pusing kat Oriental village kami sume ke island hoping, just untuk 1 jam jerk sebab bwk warga emas & kanak-kanak x sesuai amik pakej 4 jam. Tempat pertama yang kitaorang pegi adalah Gua Kelawar, kat sane x nampak pun kelawarnyer maybe sebab nak pupus atau aku yang rabun. Tempat kedua yang kitaorang pegi ialah Fish Farm, hah! tempat fish farm ni memang seronok.. kalau pegi Langkawi jgn lupe ke sini. Tempat yang last skali kitaorang pegi ialah ke tempat eagle feeding kat sini burung helang memang banyak & burung ni di bagi makan kulit ayam. Lepas tuh kitaorang balik semula ke jeti laaa...

Bukan main seronok erk aku naik bot
Lepas island hoping kami sume ke padang matsirat @ beras terbakar. Kat sini banyak kain batik, baju-baju & minyak gamat.. harganya memang sangat murah nak dibandingkan dengan harga di Pekan Kuah, kalau nak shopping baju & kain-kain kat sini la tempat nya. Sampai kat Beras Terbakar ni tuan kete sewa call ckp dia mau gune X-trail tuh & tukar ke kete picanto, so kitaorang pun balik ke chalet & tukar kete sebelum sambung semula perjalan ke Pekan Kuah.

Aku, hubby, MIL, SIL & BIL pergi ke Pekan Kuah tanpa anak-anak sedara & FIL, maybe FIL aku pun dah penat kot. Anak-anak sedara aku sibuk nak mandi kolam soo.. dorang tinggal la ehehehe senang jugak mak pak dorang nak shopping x tergangu aktiviti dorang. Sampai kat Pekan Kuah terus ke Ismail Group tempat penyoppingan paling popular kat Langkawi. Tak banyak sgt pun aku shopping just beli coklat & barang dapur skit. Lepas balik shopping tros balik umah & singgah beli makan jap. Pas makan aku tdo iye la esok kan nak jalan jauh... nak balik ke KL.

AHAD, 1/5/2011

Pagi-pagi aku dah bangun & kemas barang untul balik KL. After barang sume dah kemas berangkat la kami ke KL.. Habis.. (penat la nak cite banyak...huhuhuh)

P/S: Gamba x amik banyak sebab aku tak bawak kamera pun :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan