Cubaan bunuh diri?? WTF!

Aku ni terlibat lagi dengan masalah percintaan orang.. Zue ko ni kepochi ye! suke nak campur masalah orang! Haip! jangan biase kan mcm tuh yer!

Cerita nya bermula dari seorang mamat yang bercinta dengan opismate nya sendiri (A.K.A) staff sendiri!. Mamat ni selalu cerita ngan aku masalah dia ngan pompuan dia, mintak nasehat dari aku dan sebagai nya. Aku plak sebagai kawan yang baik selalu menasehatkan dia supaya pikir yang terbaik untuk masa depan dia, iye la dia tuh seorang yang berkerjaya.

Semalam adalah malam kemuncak kejatuhan mamat ni, mamat ni sudah terkantoi ngan pompuan dia, sebab dia ade pompuan lain. Ni la dia lelaki tak cukup ngan satu, cerita ngan aku macam-macam nak kawenla ape la, tapi akhirnya KANTOI! pagi tadi aku dapat satu message yang mengatakan mamat ni kat Hospital kerana polis dapat tangkap dia kerana cubaan membunuh diri.. aku pun ape lagi mengelabah puyuh la! sebab terkejut sangat! iye la dia tuh pelajaran tinggi tapi sebab cinta sampai nak bunuh diri.. dah kenapa dia ni. mase cerita yang aku macam GEMPAK je kan.

Bermula la siasatan aku untuk mengetahui punca mamat tuh buat perangai BODOH macam ni... aku pun call pompuan dia tanya kan hal sebenar, setelah pompuan dia cerita aku ade nampak skit kebohongan yang telah mamat tuh lakukan. Aku pun terus call kawan aku yang tinggal 1 apartment ngan mamat ni. "Ms Y** ko ade tak dengar psl kejadian cubaan nak bunuh diri malam tadi?".... "Takde plak aku dengar.. kenapa? sape yang bunuh diri? mamat ke?"...."xde ape la... nnt aku cerita".. so dari situ aku sudah tau mamat ini sudah berbohong!

Setelah berbicang ngan pompuan dia kami pun selidik... cari no phone opis baru mamat ni. Bile dah call opismate dia ckp mamat ni pegi meeting dengan authority.. & kawan dia yang bagi message kat aku tuh ade kat opis.. thats mean kawan dia pun terlibat gak menipu aku & pompuan dia, dia ckp dia nak tgk mamat tuh kat balai polis or hospital! TIPU ekh!

So kesimpulan nya JANGAN TERLIBAT dengan masalah orang sebab ko pun banyak masalah! dan ko akan menambah kan sakit kepala ko yang telah sedia ade tuh! Bagi mamat tuh.. kalau ko nak attention pun jangan la buat cerita mcm ni sekali! CUAK WOOO! semua terlibat tahu tak!

Gamba diambil dari pakcik GOOGLE
P/S: Pembohongan dan kecurangan membawa padah! HARGAILAH NYAWA ANDA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?