Selasa, 28 Jun 2011

Holiday for 1 week~

Ok buat pengetahuan semua... aku akan bercuti selama seminggu sebab my beloved sis akan melangsungkan perkahwinan ☺☺..::big-big smile:: cuti aku akan bermula esok 29 June 2011 - 4 July 2011. Excited kan cuti lama-lama?? (macam aku plak yang nak kawen), iye la kakak aku ni antara yang rapat ngan aku, sayang dia sangat-sangat!

Mesti korang akan cakap aku ni langkah bendul kan? yup! memang aku langkah bendul... bukan setakat sorang je aku langkah... 2 sekali wokeh! huhuhuh.. nampak sangat aku ni gelojoh kan? melalut-lalut plak! Majlis persandingan kakak aku akan di adakan pada 2 July 2011 (sabtu) di Dewan Gelang Patah, Johor (sesape yang ade kat JB tuh jemput dtg yer). Akhirnya.....sampai gak jodoh kakak aku ni & yang paling aku tak percaya.. dia berkahwin ngan ex-bf dia dulu.. huhuhuhuh! memang tak sangka..

Disini aku nak ambil kesempatan mengucapkan "Selamat pengantin baru in advance!" kepada kakak kesayangan aku tu.. semoga kekal hingga ke akhir hayat! takmo gaduh-gaduh & semoga cepat dapat baby! sayang sangat kat kamooo!

tahniah! semoga jadi isteri yang baik & solehah!

P/S: Gambar & cerita sekitar majlis akan di upload next entri.. hmmm mintak-mintak jangan la ade sedara mara yang mulut celupar tanya psl anak or zuriat ke ape... mau aku MENGAMUK kat majlis tuh!

2 ulasan:

  1. aku pon nak wish awal la..

    hepi besday kakkkk...

    =)

    BalasPadam
  2. besday sape plak ko ni... dia kawen laaaa.. huhuhuh!

    BalasPadam