Usaha ke arah TTC

Hah! nampak tak tajuk entri aku kali ni? Usaha ke arah TTC.. bagi yang tak tau TTC tu ape meh aku translate TTC = try to conceive ☺..  Memandang kan aku baru je mengalami ganguan jiwa sebab pregnancy test yg hampir-hampir menunjukkan 2 line (padahal memang realiti 1 line) aku try untuk cari info sebanyak mungkin.

1) Makan asid folic tanpa rase berputus asa ☺- (start from last week lagik)
2) Makan vitamin yang diberi nama EPO (Evening Primrose Oil) -  (baru je beli mase lunch tadi)
3) Jumpa pakar @ pakar O&G - (belum ade kesempatan lagi)
4) Minum air buah zuriat - (aku ade buah ni tapi baru sekarang aku ketemu cara nak masak)
5) Minum air bunga kurma - (ni pun aku ade.. tapi sampai sekarang aku tak cuba lagik)
6) Berurut - (pernah berurut tapi belum rezeki)
7) Selain dari yang atas ni selalu gak tanya kat orang-orang lama, mintak nasihat & sebagainya.

Memandang kan usia perkahwinan kami dah nak masuk 4 tahun... aku rase sudah tiba masa usaha keras mesti di jalankan sebelum terlambat. Sebelum ni belum terpikir sebab Hubby selalu ade disisi, ni bila Hubby selalu kuar outstation 1 minggu smp 4 hari takde kat umah, mula la hidup ni rase sunyi, asyik kuar ngan kawan-kawan rase tak sedap plak (awak ni bini orang). Semoga usaha aku ni akan berjaya..

P/S: Rase semangat gile bile bace blog-blog kawan yang semangat untuk TTC (aku memahami mu wahai kawan ku) walaupun kita hanya di alam maya!

Ulasan

  1. Salam CINTA,

    Thanks sudi singgah blog Kakreen dan sudi jadi follower blog TTC tu.
    Sama2 la kita berusaha dan bertukar2 citer. Ramai kawan2 kita yg turut sama dan saling berkongsi rasa. :)

    BalasPadam
  2. yup kak, kita ni merancang & tuhan sahaja yang menentukan.. tapi org lain mmg ssh nak paham keadaan kita :(

    BalasPadam
  3. salam

    sama2 kita berusaha ye.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?