Khamis, 8 September 2011

Hari Raya Pertama

Cerita dah basi ok.. ehehehe! aku ni baru nak cerita pasal hari raya. Orang lain sume dah tutup buku dah cerita pasal Hari Raya Pertama. Raya tahun ni aku takde la buat persiapan sangat pun, duit raya tak tukar, baju raya beli last minit, lagi sedih kuih raya 2 jenis jerk (nasib baik mak tiri aku ade bagi kuih 1 balang). Takde semangat sangat sebab nyer before raya tu aku tak sehat sangat demam + sakit tekak + sakit kepala memang tak larat nak buat ape², balik keje terus bummm! tido. Aku rase sehat skit pun mase raya pertama.

Kitaorang balik kampung 1 hari sebelum raya tuh pun dah petang, tak dapat la nak tolong MIL & SIL aku masak juadah raya. Tak dapat gak rase nak bakar lemang, hubby aku kene keje! tension betol!. Tahun ni balik kampung belah hubby kat Jengka, memang meriah la sebab semua adik beradik hubby balik. Pagi raya tu lepas semayang subuh terus tolong MIL kat dapur panaskan juadah raya sambil tu gosok baju hubby untuk pergi sembahyang. Lepas prepare semua continue cucuk sate & bakar daging kambing (orang buat bbq malam² aku buat siang²) eheheheheh!

Lepas semayang raya, rumah terus kene serbu dengan kawan-kawan FIL seronok betul dorang dapat makan kambing bakar ngan sate pepagi. Masa nak sesi bergambar FIL plak hilang pegi beraya terpaksa la delay sesi bergambar. Lepas sesi bergambar & bermaafan habis pegi plak beraya ke rumah makcik hubby yang berdekatan. Sampai umah jerk dah malam, tak sempat nak rehat dapat plak kunjungan balas dari makcik & pakcik hubby. Fuhhhh! memang letih sgt.. tak terlayan! tapi terpaksa layankan....

Aku raya ke-3 baru balik ke JB, letih memang letih tapi happy sebab dapat berkumpul satu keluarga ☺. Sambil balik kampung tuh bawak gak si MOMO kenal ngan family members yang lain huhuhuhu!
Keluarga yang bahagia & harmoni ☺☺
Sebelum balik kampung singgah shopping jap ngan MOMO
P/S: Tahun ni tema kaler putih suci murni yerrr.. sebabnya hubby takmo beli baju melayu baru!

6 ulasan:

  1. MOMO shopping makanan.. al-maklum nak balik kampung, kene beli stok buah banyak skit ☺

    BalasPadam
  2. yg last tu gamba aper. terblur jap. hehehe

    BalasPadam
  3. huhuhu...best nye MOMO...siap dapat g shopping ag...

    BalasPadam
  4. JD-tuh gambar my pet sugar glider..

    BalasPadam
  5. hi Chinta! lama tak update? cuti lama ekh? haah bwk MOMO kuar keluar asyik dok umah jerk.. dia bosan nnt.. eheheh!

    BalasPadam