Open House yang sangat mengecewakan!

Ni cerita pasal open house opis aku yang sangat-sangat mengecewakan.. sebab ape? sebab makanan NAN HADO sedapnya! dah tau cuaca tak menentu, dibuatnya kat tempat open space lagi satu susah gile nak cari tempat open house tu! jalan nak ke situ pun jammed yang terhamat sangat! aku rase HR yang organize tu mmg untuk HR bersuka ria jer kot.. sebabnya aku tengok dorang je yang dok terlalak-lalak berkaraoke.. SAKIT HATI & TELINGA NI! dah la nak pergi ke tempat tuh bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi..

Dugaan bermula dari opis lagi, meeting boss aku bermula dari pepagi buta sampai la ke petang. Aku plak ada email urgent yang perlu boss aku review so terpaksa la tunggu boss aku balik dari meeting. So tak terjoin la aku shuttle yang nak ke open house tu, makanya aku & BFF (opismate) tumpang boss aku. BFF aku ni plak dari pagi ngadap meeting sampai perut pun gastrik, mulanya dia tak nak pegi tapi maybe dia kesiankan aku yang dah semangat berpakaian baju raya, dia pun pegi gak. Keadaan jalanraya semalam memang tersangatla teruk jammed, ditambah plak hujan sepanjang jalan makanya lagi lambat la kitaorang sampai ke open house tuh. BFF plak pale dah pening + nak muntah, aku ingat dia bole la tahan rase nak muntah dia tuh tapi akhirnya terkeluar gak segala isi perut dia, abis kereta boss aku huhuhuhu! Kesian kat BFF aku tuh, dah la jammed dengan BFF muntah lagik ditambah dengan kesesatan nak ke tempat open house aduh! memang menguji kesabaran.

Bile dah sampai kat tempat open house sesat plak! dah la ujan... setelah puas tanya ngan orang akhirnya jumpe. Perut dah la lapar, sampai-sampai tengok orang catering dah berkemas nak balik, rase mcm nak nangis kuat-kuat! setelah mencari makanan ade gak saki baki yang tinggal, terus amik pinggan isi la ape yang patut.. korang bayangkanla kitaorang bertolak dari opis pukul 5.30ptg pkl 8.30 baru sampai tempat tu.. wooooo! sedih selama 3 jam terperangkap kat dalam jammed. Bile sampai majlis yang diadakan tak semeriah yang disangkakan! sungguh SEDIH & KECEWA~!

Ulasan

  1. aduhh..kesiannye..
    kalau sy kompom migrain..

    BalasPadam
  2. bukan setakat migrain sinar.. cinta ni yang takde sakit ape² pun boleh jadi sakit. ditambah plak hati sakit ngan org2 HR tuh adoi menyirap rase!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?